Anak Pengasas Dnars Dikritik, Minta ‘Sponsor’ Makanan Untuk Majlis & Akan Bagi ‘Free Marketing’ – “Kalau Nak Tolong, Bayar & Review Ikhlas”

Trending

Anak Pengasas Dnars Dikritik, Minta ‘Sponsor’ Makanan Untuk Majlis & Akan Bagi ‘Free Marketing’ – “Kalau Nak Tolong, Bayar & Review Ikhlas”

Anak perempuan kepada pengasas Drnars, Allahyarham Faziani Rohban iaitu Irdina mendapat kritikan warganet di laman sosial X gara-gara dikatakan meminta ‘sumbangan’ makanan.

Menerusi video yang dikongsi, pempengaruh itu berkata dia mahu memberikan ‘marketing’ secara percuma dan membantu peniaga yang mahu berkembang namun tiada bajet untuk membuat ‘marketing’.

Advertisement

Dia bertanya sekiranya ada mana-mana syarikat katering yang boleh sponsor makanan untuk majlisnya dan sebagai balasan, Irdina akan membuat ‘review’ secara percuma.

Yang mana ikhlas nak sponsor tu, pertama bersih, yang kedua sedap, walaupun menu biasa-biasa, boleh komen nanti saya pilih. Untuk korang yang sponsor sebarang pencuci mulut, kek, saya akan bantu perniagaan korang untuk promote, saya akan update dekat semua platform saya dan saya takkan padam.

Tawaran Irdina itu mengundang pelbagai pertikaian wargamaya di X di mana ramai yang mendakwa wanita itu sengaja mahukan makanan percuma sedangkan dia lebih dari mampu untuk membayar.

Ada yang berkata sekiranya benar Irdina mahu membantu peniaga lokal kecil-kecilan seeloknya dia beli dan bayar serta berikan review yang ikhlas.

Malah ada yang turut memberikan idea serta pendapat tentang bagaimana pempengaruh itu boleh lakukan jika mahu membantu peniaga dan syarikat katering.

komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen1

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

TheNoor nafi terlibat dalam marketing produk Neelofa
6 months ago

"Ramai Yang Kecam Kami.." - TheNoor Nafi Terlibat Dalam 'Marketing' L*cah Produk Neelofa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...