Anak Penduduk Bawa Balik Bahan Merkuri, 15 Penduduk Tasek Gelugor Terdedah Risiko Bahaya

Trending

Anak Penduduk Bawa Balik Bahan Merkuri, 15 Penduduk Tasek Gelugor Terdedah Risiko Bahaya

merkuriSeramai 15 penduduk di Jalan Padang Menora, Kampung Baru di sini dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana dikhuatiri terdedah kepada cecair merkuri semalam.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas Abdul Aziz Yusuff berkata semua lima rumah penduduk itu juga dikosongkan kerana bahan tersebut tumpah di rumah mereka.

Advertisement

Bomba melakukan pembersihan di rumah berkenaan pagi tadi, katanya.

Beliau berkata penduduk memberitahu bahan itu dibawa balik oleh anak mereka yang menjumpainya tidak jauh dari kawasan rumah mereka.

Aziz berkata, bomba masih menyiasat punca bahan itu ditemui.

Seorang penduduk Mohd Fadzil Awang, 49, berkata anaknya memberitahu dia dan kawan-kawannya menjumpai cecair tersebut tidak jauh dari kawasan rumah mereka.

Pada Khamis lalu, seramai 56 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Bukit Mertajam turut dikuarantin selepas berlaku tumpahan merkuri di kelas mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...