Anak Pasangan Sweden Dakwa Dipukul Lebih 1000 Kali Tahun Lepas, Gambar Empat Alat Memukul

Trending

Anak Pasangan Sweden Dakwa Dipukul Lebih 1000 Kali Tahun Lepas, Gambar Empat Alat Memukul

Salah seorang anak kepada pasangan Malaysia yang dihadapkan ke mahkamah di Sweden kerana memukul anak-anak memberitahu mahkamah semalam yang dia dipukul oleh ibunya lebih dari seribu kali tahun lepas.

swedencouple2401_600_400_100

Advertisement

Salah seorang adik-beradiknya juga memberitahu mahkamah daerah Solna di Stockholm dalam testimoni video yang ibunya memukulnya dengan rotan dan pembersih permaidani, menurut laporan Astro Awani.

The Daily Star pula menulis, yang apabila ditanya sama ada ibu bapanya akan tahu tentang percakapannya dengan pihak polis, salah seorang anak Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awaluddin memberitahu:-

Saya rasa selepas ini, ibu bapa saya takkan sukakan saya, takkan sayangkan saya.

Saya bimbang ibu bapa saya akan pukul saya jika mereka tahu saya tidak berada di sekolah.

The Star melaporkan yang salah seorang anak pasangan itu memberi penerangan tentang beberapa situasi di mana dirinya dipukul, salah satunya kerana mendengar muzik dengan kuat ketika menyiapkan kerja rumah dan ketika dia sedang belajar Quran dengan ibunya.

Advertisement

Anak itu turut berkata yang Shalwati sering memukulnya bila dia menonton video YouTube dan tidak menyertai keluarga untuk makan malam, bila dia menjawab kata ibunya dan ibunya juga akan memijak kakinya.

Salah seorang anak pula memberitahu bapa memukulnya lebih 100 kali tahun lepas. Anak itu juga mendakwa dia pernah disuruh berdiri sepanjang hari di satu sudut rumah sebagai hukuman.

Salah satu portal berita Sweden melaporkan semalam yang seorang anak pasangan itu berkata yang dia sudah lali dipukul, dan tidak lagi merasa sakit bila dipukul ibunya.

Guru sekolah menengah, Shalwati dan Azizul, pegawai Kementerian Pelancongan yang ditugaskan di Stockholm didakwa di mahkamah atas beberapa pertuduhan ‘pencabulan integriti’ anak-anak dan serangan.

Shalwati dan Azizul dituduh memukul anak-anak mereka yang berusia tujuh hingga 14 tahun di rumah mereka di Stockholm dari 15 September 2010 hingga 17 Disember 2013. Untuk setiap pertuduhan, mereka berdepan kemungkinan dipenjarakan dari enam bulan hingga enam tahun.

Perbicaraan ditetapkan selama 10 hari sehingga 10 Mac. Empat gambar beberapa rotan dan tali pinggang yang dijadikan bukti mahkamah dengan membaca entri ini sepenuhnya.



2 33 42 112

Laporan asal: Malay Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

65 Comments

  1. tris

    May 24, 2015 at 12:24 pm

    Hish. Kena rotan sbb x siap keje, x solat,x mkn mmglah. Kene rotan! Apelah nak jadi dgn diorg nie. Sbnarnya ibu bapa yg betul.

  2. zinnia

    April 4, 2014 at 4:22 pm

    u olls kena faham konsep nak didik anak2 coz diorang still buluh yg ble d’lentur.u as a parent kena brilliant in sychology.x d’nafikan perubahan kanak2 mgikut keadaan semasa n surrounding.cuba kita guide diorang slow2.wlupon diorang degil but can stiil change their attitude.believe that they will obey u punya rule.bdx memerlukan kelembutan dalam bimbingan.sedangkan rasulallah S.A.W.bermain lembut dgn a’isyah semasa kecil apakah kita umatnye yg nk guide umat yg akan dtng lbh baik.x salah kita rotan but jgn smpi bdx2 x leh nk terima kena punya didikan coz diorang masih d level yg suka memberontak.islam mengajar pelbagai cara untuk mnddik sesorang antara nyer berusaha,berdoa n tawakal kpa ALLAH kerana ALLAH yg memegang hati mereka untuk berubah bukan kita.kalu ALLAH berkehendak maka dia berkuasa untuk melakukanya.

Loading...