Anak Orang Asli Kembara 200KM Untuk Menyambut Perkahwinan Cikgu BI Kesayangan Mereka

Trending

Anak Orang Asli Kembara 200KM Untuk Menyambut Perkahwinan Cikgu BI Kesayangan Mereka

Sebuah perkahwinan yang dihadiri oleh tetamu VIP merupakan suatu kehormatan tinggi bagi mereka yang menjemput tetamu dalam majlis perkahwinan mereka.

Tetapi berbeza dengan seorang guru bahasa Inggeris di SK Runchang, Muadzam Syah, Pahang, Samuel Isaiah, beliau menjemput 100 orang anak muridnya dari perkampungan Orang Asli untuk hadir ke majlis tersebut.

Menerusi Twitter, Samuel telah berkongsi kisah beliau dan foto majlis perkahwinannya pada tahun 2017 yang tidak akan dilupakan olehnya dan juga isteri.

Advertisement

Walaupun sebelum berkahwin, isterinya amat memahami bahawa murid-muridnya sangat penting dalam kehidupannya.

Saya sangat berterima kasih kepada tuhan isteri saya menerima saya seadanya bersama 100 orang anak murid saya.

Samuel berkata, semasa beliau hendak berkahwin, anak-anak muridnya adalah orang yang paling gembira mengetahui berita ini. Malah, mereka turut menyatakan hasrat untuk menghadiri perkahwinan itu.

Perjalanan 200km

Saya juga inginkan anak murid saya menghadiri perkahwinan saya walaupun pada mulanya macam agak susah untuk mereka hadir dalam pemikiran saya.

Samuel turut menyatakan bahawa dia tidak kisah mengenai perbelanjaan tersebut asalkan hasrat anak muridnya itu tercapai.

Jarak perjalanan pergi dan balik ke majlis perkahwinan sejauh 200km dan menelan kos perbelanjaan yang tinggi tidak menjadi penghalang buat anak-anak orang asli hadir ke majlis tersebut.

Tetapi, adakah ibu bapa mereka benarkan? Kosnya pasti sangat mahal.

Kata Samuel beliau bersyukur kos perjalanan dikurangkan pada mulanya RM700 dan selepas diberi diskaun RM300. Terima kasih kepada cikgu Affendi.

Pada hari perkahwinan, saya dan isteri tidak mengetahui berapa orang murid akan hadir.

Kami hampir menangis apabila melihat kehadiran anak murid saya pada hari itu.

Semasa majlis perkahwinan berlangsung, mereka terkejut apabila muzik yang jarang didengari dimainkan. Keadaan ketika itu menjadi sunyi seketika.


Rupa-rupanya, anak muridnya melakukan persembahan tarian kebudayaan mereka. Persembahan tersebut sangat menarik dan menghiburkan semua tetamu yang hadir.

Sebagai guru, beliau berasa bangga mempunyai anak murid yang hebat seperti mereka.

Pada bulan Mei, Samuel adalah salah seorang daripada 16 penerima anugerah Guru Superhero Kementerian Pendidikan bersempena dengan Hari Guru.

Menurut MalayMail, Samuel telah mengajar Bahasa Inggeris sejak dari tahun 2012.

Melalui kiriman Twitter yang terdahulu, Samuel dilihat mengajar anak muridnya di luar bagi menghormati persefahaman pelajarnya dengan alam semula jadi.

Semoga cikgu Samuel mencapai impiannya untuk mendidik lebih ramai Orang Asli untuk mendapat pendidikan yang sepatutnya.

Sumber: Twitter, Malay Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...