Anak Nora Danish Hadir Di Majlis Hari Jadi Raysha Jemyma, Netizen Puji Sikap Toleransi Fasha Sandha

Hiburan

Anak Nora Danish Hadir Di Majlis Hari Jadi Raysha Jemyma, Netizen Puji Sikap Toleransi Fasha Sandha

Menyambut hari jadi anak kesayangan, Putri Raysha Jemyma yang kini berusia 7 tahun, pelakon jelita Fasha Sandha ada berkongsi momen indah sepanjang majlis tersebut di akaun media sosialnya, baru-baru ini.

Fasha Sandha
2 bulan lalu

Fasha Sandha Kini Berambut Perang, Netizen Kata Tak Sesuai Dengan Muka

Advertisement

Apa yang lebih menarik perhatian adalah kehadiran anak kepada Nora Danish iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang turut hadir dalam majlis hari jadi tersebut.

Ia sekaligus meraih pujian peminat apabila ramai yang kagum dengan sikap toleransi serta hubungan silaturrahim yang terjalin antara kedua aktres itu meskipun mereka mempunyai kisah lalu melibatkan perkahwinan sebelum ini.

Dalam pada itu, Fasha turut meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak keduanya itu dalam majlis yang serba ringkas namun meriah bersama-sama ahli keluarganya yang lain.

Mengimbas kembali, Nora Danish pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli ataupun lebih dikenali sebagai Jejai pada tahun 2006 yang lalu dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal sebelum bercerai dua tahun kemudian.

Kemudian, Jejai bernikah dengan Fasha Sandha pada tahun 2012 sebelum berpisah pada Januari 2016.

Advertisement

Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal,8, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia tujuh tahun.

Fasha Sandha dan Nora kemudiannya membina mahligai perkahwinan sekali lagi bersama pasangan terbaru mereka iaitu pelakon Aidil Aziz dan juga Mohamad Nedim Nazri.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. rahsia kecantikkan

    November 10, 2021 at 8:05 am

    dah budak2 tu adik beradik kandung, memang lerrrrr halah halahhh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...