Anak Nabil Ahmad, Nayla Mikayla Dikecam Jadi Emcee Di Talk To My Manager – “Tak Sanggup Tengok Sampai Habis”

Hiburan

Anak Nabil Ahmad, Nayla Mikayla Dikecam Jadi Emcee Di Talk To My Manager – “Tak Sanggup Tengok Sampai Habis”

Anak kepada pengacara dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad, iaitu Nayla Mikayla, menerima pelbagai reaksi daripada warganet selepas kemunculannya sebagai hos jemputan program Talk To My Manager (TTMM) tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan semula di laman Threads, Mikayla dilihat sedang menemu bual peserta TTMM, Ammar, bersama penyanyi terkenal Siti Nordiana, yang hadir sebagai artis jemputan untuk berduet dalam lagu popular Paling Comel semasa malam finale program berkenaan.

Advertisement

anak nabil ahmad

Temu bual tersebut dijalankan sejurus selepas persembahan mereka, namun rata-rata netizen dilihat kurang senang dengan cara Mikayla mengendalikan segmen berkenaan, terutama dari segi tutur kata dan cara berinteraksi.

Menurut beberapa komen, penggunaan bahasa yang dianggap kurang sesuai dan terlalu kasual terhadap figura berpengalaman seperti Siti Nordiana dilihat tidak sopan memandangkan penyanyi itu seusia dengan ibu bapanya.

anak nabil ahmad

Kalau nak jadi pengacara, kena belajar cara hormat tetamu. Bukan main hentam cakap macam kawan sebaya,” tegur seorang pengguna Threads.

Mungkin masih baru, tapi elok diasah dulu sebelum dilepaskan mengacara program besar macam ni.

Dalam pada itu, ramai juga berharap Mikayla akan terus diberi peluang dan bimbingan untuk memperbaiki kemahiran pengacaraan memandangkan dia masih muda dan berpotensi besar untuk mengikut jejak langkah bapanya dalam dunia hiburan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Uqasha Senrose
2025-10-14 11:11:25

Uqasha Senrose Bersuara Mengenai Dakwaan Rumah Tangga Berantakan Dengan Kamal Adli - "Saya Rasa Itu Biasa.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...