Tidak mahu anak perempuannya terus dibuli netizen, Ahmad Dhani dan Mulan Jameela tampil membuat aduan ke KOmisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) iaitu institusi yang melindungi hak remaja di bawah umur.
Tindakan itu dilakukan pasangan sensasi Indonesia itu kernaa berang selepas anak perempuan mereka, Shafeea Ahmad teruk dibuli di media sosial sejak pernikahan abangnya, Al Ghazali dan Alyssa baru-baru ini.
Kata Ahmad Dhani, dia perlu bertindak bukan hanya melindungi anaknya tetapi juga remaja di Indonesia yang berdepan buli siber.
Tambahnya, dia dan Mulan Jameela ternampak satu akaun wanita bernama Lita Gading melakukan pelbagai soalan provokasi terhadap anaknya.
Saya telah melihat beberapa akaun dan salah satunya milik seorang wanita yang mengaku diri sebagai ahli psikiatri, Lita Gading. Kami lihat ada foto anak, nama dan usia yang masih di bawah umur telah mendapat pelbagai soalan provokasi dan memberi stigma terhadap ibu bapanya. Ia seolah-olah membenarkan netizen membuli anak itu.
Anak kemurungan
Ujar pengasas Dewa 19 itu lagi, Shafeea mengalami kemurungan gara-gara teruk dibuli membuatkan dia mengambil tindakan tegas termasuk laporan polis.
Selepas tonton videonya, saya rasa ini tidak boleh didiamkan.

Katanya lagi, sebagai pengguna media sosial yang matang, individu seperti Lita itu harus melindungi remaja bawah umur daripada menerima buli siber, bukanlah membenarkan mereka ini dibuli.