October 8th, 2020

Birapun sebelum ini pelakon Elisya Sandha pernah menafikan dakwaan beliau menjalin hubungan istimewa dengan anak pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy beberapa tahun lalu, namun kedua-dua mereka kini khabarny bagai mula menjalin kasih kembali.

Hal ini demikian kerana, menerusi satu hantaran tweet di laman Twitter yang dimuat naik Uzair, beliau dilihat sekana memberi gambaran bahawa kedua-dua mereka sudah berada dalam fasa serius.

Dalam entri tersebut, Uzair mempamerkan sekeping foto yang dikirimkan ibunya menyaksikan gelagat Elisya di dapur yang difahamkan sedang belajar memasak bersama Sheila di kediamannya.

“Apabila ibu menghantar saya gambar ini ketika saya keluar bekerja, i knew i won life.”

Menguatkan lagi Sheila bakal mendapat menantu tidak lama lagi, di ruangan komen, Uzair juga tidak ketinggalan memanggil Elisha dengan panggilan ‘sayang’.

Hubungan mereka juga seolah-olah mendapat restu daripada Sheila sendiri apabila beliau memuat naik gambar Elisha di Instagram miliknya.

“Dia kata nak belajar masak lauk Minang. Komer rasa kenapa?”

Terdahulu, Elisya mengakui mula berkawan dengan Uzair sejak dari zaman belajar lagi. Andai jodoh berpanjangan, dapatlah Sheila memantu tak lama lagi.


One response to “Anak Mula Panggil Elisya Sandha ‘Sayang’, Sheila Rusly Bakal Terima Menantu?”

  1. Anonymous says:

    bukan ke budak tu couple dgn wana ali

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...