Anak Muda Lebih Kenal Zul Ariffin Daripada Tunku Abdul Rahman – “Memang Patut Pun Subjek Sejarah Diwajibkan Lulus Untuk SPM”

Kehidupan

Anak Muda Lebih Kenal Zul Ariffin Daripada Tunku Abdul Rahman – “Memang Patut Pun Subjek Sejarah Diwajibkan Lulus Untuk SPM”

Golongan muda merupakan harapan untuk masa depan negara yang lebih baik namun ‘social experiment’ yang dilakukan membimbangkan masyarakat.

Tular rakaman di TikTok di mana seorang individu telah menjalankan satu ‘social experiment’ untuk kenal pasti sejauh mana orang awam tahu tentang sejarah dan tokoh negara.

Advertisement

 

Zul Ariffin kenal, Bapa Kemerdekaan tak tahu

Menerusi video itu, beberapa orang awam telah ditunjukkan foto aktor berbadan sasa, Zul Ariffin dan juga Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.

Menyedihkan, semua kenal dengan pelakon tersebut tetapi tidak Tunku Abdul Rahman malah ada yang keliru dan menyebut nama Tun Abdul Razak pula.

Bukan itu sahaja, seorang wanita turut berkata Bapa Kemerdekaan kita itu bekerja sebagai anggota RELA.

 

 

Sedih tengok rakyat tak tahu sejarah

Video itu mengundang perhatian dan menerima pelbagai respon daripada warganet yang mengkritik individu yang disoal.

Menerusi ruangan komen, ada yang menyatakan kebimbangan mereka dengan masa depan negara malah ada yang bersetuju jika subjek Sejarah diwajibkan untuk lulus bagi peperiksaan SPM.

Komen

1 year ago

"Ni Semua Basic Knowledge Kot.." - Netizen Risau 'Gen Z' Tak Kenal Perdana Menteri Pertama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...