Penyanyi dah usahawan, Lan Solo dan isteri meluahkan rasa sedih apabila anak sulungnya, Nur Amna Qaleesya mengalami tekanan akibat dikecam sesetengah netizen meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan.
Isteri Lan, Sheila memberitahu bahawa anak perempuannya itu menerima tempias warga maya hanya kerana dia bergelar anak kepada selebriti.
Dia banyak korbankan masa kanak-kanak dengan kecaman. Dia terlalu kecil untuk berdepan dengan dunia kecaman.
Kasihan sebenarnya, dia enjoy sedikit pun salah di mata netizen. Dia menari pun salah. Serba serbi salah hanya kerana dia anak selebriti.
Malah, Amna pernah meminta Lan Solo untuk berhenti dan tidak lagi menjadi artis kerana berputus asa dengan hidup.
Sampai satu tahap dia putus asa dengan hidup dia. Sampai dia pernah cakap boleh tak daddy tak perlu jadi artis? Sebab kawan-kawan sekolah dia tak pernah kena kecam.
Sekadar info, Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.