Pelakon Rita Rudaini sekali lagi menarik perhatian selepas memuat naik hantaran di Instagram Story yang memberi bayangan mengenai keputusan anak-anaknya untuk menjauh daripada seseorang yang tidak dinamakan.
Menurut Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, hati anak-anak sudah tertutup bukan kerana dipengaruhi sesiapa, tetapi berpunca daripada pengalaman mereka pernah dibiarkan.
Rita menegaskan bahawa individu tersebut tidak wajar menuding jari menyalahkan pihak lain kerana hakikatnya kesalahan datang daripada diri sendiri. Katanya, jarak yang wujud antara anak-anak dan individu itu bukan tercipta kerana hasutan, sebaliknya kerana hati yang pernah dikecewakan. Tulisnya,
Bila hati anak sudah tertutup, itu bukan sebab dijauhkan, tetapi kerana pernah dibiarkan.
Tambah Rita, dialah yang sejak dulu memikul tanggungjawab membesarkan anak-anak. Baginya, cerita indah mungkin boleh digambarkan di hadapan orang ramai, namun kebenaran tetap tidak dapat disembunyikan di hadapan Tuhan.’