Anak Menangis Ditolak & Ditarik Budak Lain, Netizen Geram Ibu Tak Tolong, Hanya Rakam?

Kehidupan

Anak Menangis Ditolak & Ditarik Budak Lain, Netizen Geram Ibu Tak Tolong, Hanya Rakam?

Rasanya setiap ibu bapa pasti akan membawa anak-anak ke taman permainan sama ada di luar mahupun dalam, untuk mengembirakan anak mereka atau meluangkan masa bersama.

Sudah semestinya ketika bermain di taman permainan, akan ada kanak-kanak lain dari pelbagai umur bermain bersama di tempat terbabit, jadi ibu bapa perlu sentiasa mengawasi anak jika mereka masil kecil untuk elak dari berlakunya perkara yang tidak diingini.

Advertisement

Seperti video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang bergelar ibu ini, kelihatan anak kecilnya yang boleh dikatakan dalam lingkungan setahun menangis disebabkan budak yang lebih besar darinya.

Dilihat dari video berkenaan, anak kecilnya ditolak, ditarik, malah dicubit oleh seorang budak perempuan yang juga bermain dalam taman permainan itu.

Sebab video itu menjadi perhatian ramai kerana netizen mendakwa ibunya hanya merakam tanpa menegur budak yang membuat anaknya menangis itu.

komen tiktok

Sedar akan kecaman yang diterima, wanita itu tampil memberitahu bahawa dirinya sudar menegur budak itu sebanyak tiga kali tapi tidak didengari dan masih melakukan ia didepannya.

Dalam pada masa yang sama, ibu kepada anak kecil itu tidak mahu memarahi budak tersebut kerana bimbang akan menjadi kes lain dan akhirnya, beliau membawa anaknya keluar dari kawasan tempat permainan berkenaan.

Aliff Syukri
3 years ago

Kongsi Tips 'Malam Pertama' Di IG, Aliff Syukri Cetus Rasa Kurang Senang Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...