“Anak Mati Kami Reda, Tapi Kenapa Tinggal Dia?” – Ibu Mustaqqeem Luah Terkilan Anak Ditinggalkan Di Gunung Liang

Kehidupan

“Anak Mati Kami Reda, Tapi Kenapa Tinggal Dia?” – Ibu Mustaqqeem Luah Terkilan Anak Ditinggalkan Di Gunung Liang

Ibu kepada pendaki yang meninggal dunia di Gunung Liang, Perak, Rohani Saad, meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan tindakan rakan-rakan arwah anaknya, Mustaqqeem Mansor, yang didakwa meninggalkannya sendirian ketika dia mengalami kesakitan pada kaki di puncak gunung berkenaan.

Rohani, 64, berkata keluarganya reda dengan pemergian anak sulungnya itu, namun sukar menerima hakikat bahawa dia ditinggalkan seorang diri tanpa bantuan.

Advertisement

ibu pendaki gunung lian meninggal dunia

Kita (cerita ini) bukan pasal anak mati, anak mati (itu) kita reda tapi yang kita tak puas hati, pasaipa hangpa tinggal dia,” katanya dengan nada sebak.

Menurut Rohani, pelbagai versi alasan diberikan oleh rakan-rakan pendaki berhubung kehilangan anaknya itu sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan keluarga.

Pada mulanya, mereka bagitau kaki (Mustaqqeem) ‘cramp’, tapi takpa dia ada dengan ‘guide’. Lepas tu depa macam-macam cerita keluar. Ada yang katanya enam jam cari (Mustaqqeem) tak jumpa, tapi bila polis dan bomba naik tiga jam, terus jumpa pun.

Dia (Mustaqqeem) ada atas tu puncak tak pi mana, itu saja. Lepas tu tak buat laporan polis pula apabila yang buat bini (isteri Mustaqqeem) selepas dapati suaminya tak pulang.

Menurut ibunya, kali terakhir mereka bertemu ialah sehari sebelum Mustaqqeem berangkat menyertai aktiviti pendakian tersebut.

Dua Malim Gunung Ditahan Selepas Insiden Pendaki Maut Di Gunung Liang

Sementara itu, adik arwah, Muzammeer, 33, berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci mengenai punca sebenar kejadian.

Mengenai tindakan lanjut (perundangan) kami sekeluarga akan berbincang terlebih dulu.

Mustaqqeem, yang mula aktif mendaki tahun ini dan merancang ke Annapurna Base Camp hujung tahun, dilaporkan menyertai pendakian bersama 10 rakan dari Bukit Fraser pada 10 Oktober lalu. Namun, beliau ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang Barat pada 3.30 petang kelmarin akibat hipotermia (kesejukan melampau) dengan sedikit kesan pendarahan pada hidung.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

malim gunung
2025-10-17 15:56:06

Dua Malim Gunung Ditahan Selepas Insiden Pendaki Maut Di Gunung Liang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...