Written by Bella | May 14th, 2019

Baru-baru ini, pelakon Nora Danish ada berkongsi foto anak lelakinya iaitu Putera Rayqal dan Mohamed Nedrin sedang solat. Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang pelbagai kritikan netizen yang mempersoalkan cara solat mereka. Kata mereka, ianya salah dan tidak sah.

Tidak berdiam diri, Nora tampil bersuara dan menjelaskan anak-anaknya masih lagi dalam proses pembelajaran, tidak perlu kecam.

Dalam Ramadan ini, apa kata kita semua lihat sesuatu perkara itu dari sudut lebih positif dan hentikan komen berbaur negatif. Islam itu mudah. Mereka masih dalam proses pembelajaran.

Orang dewasa pun ada yang tata tertib dalam solat, masih ada kesilapan, kerana kita semua masih belajar. Saya sebagai ibu bersyukur kerana sekurang-kurangnya, mereka mahu untuk bersolat.

Nora turut berpendapat perkongsian tentang agama dan ibadah adalah langkah positif untuk mendorong orang ramai agar rajin melakukan ibadah.

Saya nak sentuh sedikit mengenai sesetengah pihak yang menentang perkongsian mengenai agama di media sosial. Kenapa ada yang beranggapan ia seperti menunjuk? Kalau kita boleh kongsikan mengenai gaya ‘OOTD’, destinasi percutian, makanan dan sebagainya di media sosial, kenapa tidak mengenai agama?

Walaupun ibadat ini sepatutnya rahsia, namun ia bergantung kepada niat masing-masing sama ada nak menunjuk atau untuk memberi dorongan. Sebenarnya, lebih indah kalau dalam Ramadan ini, media sosial kita dipenuhi dengan hal berkaitan keagamaan. Pandangan dari saya yang rendah hati.

Benar apa yang dikatakan oleh Nora itu, anak-anaknya masih lagi belajar dan tidak adil untuk terus mengecam mereka. Cermin dahulu diri sendiri adakah sudah cukup sempurna untuk mengkritik orang lain? Fikirkan..

Sumber Berita : Harian Metro

9 responses to Anak Masih Belajar Solat, Kenapa Perlu Komen Negatif – Nora Danish

  1. Anonymous says:

    come on lah aku yg dah 35 ni pon masih lagi belek2 bulu panduan solat n sentiasa perbaiki solat n bacaan inikan budak2, bagi lah tunjuk ajar bukan tau komen yg menjatuhkan

    35

    31
    • Anonymous says:

      Kesimpulannya tak payah upload gmbar anak solat ke atau diri sendiri solat dlm socmed kalau hati x kental nk terima teguran. yg bagusnya ada org tegur tgn anak dia tu salah ke apa. nampak sgt nora pun tak tau. kalau dia tau mesti dia dh betulkan. cuma bahasa yg org guna utk tegur tu mmg mcm bingai jgk.

      19

      3
  2. wer says:

    yg dah tua ni pun solat pun bkn betul sgt… tau kondem je…

    8

    19
  3. Anonymous says:

    patut nya nora g betul kan tangan & kedudukan anak2 tu dulu… baru take picture ke ig story ker mende sume..
    gigih laaa nak picture2 bagai.. sendiri nk tunjuk aib kt media social…. nmpk sgt mak tak tolong tunjuk tp tolong amik gmbr jer reti

    25

    7
  4. kakikucinghitam says:

    maknyaaa pun bg betul dlu solat tu baru lahh post.. dah tahu bawangrangerss dimana2..

    15

    2
  5. kaldei says:

    bodoh betul yang komen tu..siap tanya mazhab bagai..
    ko bodo ke apa.. cuba positif sket.. budak lagi tu.
    klu ko bg solution ke pandangan ke ok gak..
    ni ko dah bg komen bodo pekat air.. pastu senyap..
    bukan macam tu cara nak nasihat..

    9

    14
  6. krayfish says:

    Aku meluat, meluat jugak ngan Nora Danish ni.
    Tapi dalam kes ni tukang komen memang bodo abadi. Kau pegi study rukun solat dulu, takde dalam rukun pon tangan letak cam mana.

    4

    13
  7. joe says:

    sebenarnya tak payah post, kau mcm alip sotong, skit2 nk post
    ajar bila tak betul, tak payah posting

    3

    1
  8. lina says:

    budak2 kot .. netizen yg mengada lebih ..

    0

    0

Leave a Comment

Optional