Anak Malaysia Ini Dilantik Jadi Ketua Jurutera Di Jepun, Di Sebalik Penciptaan Sistem SH-AWD Honda

Trending

Anak Malaysia Ini Dilantik Jadi Ketua Jurutera Di Jepun, Di Sebalik Penciptaan Sistem SH-AWD Honda

Satu pencapaian yang amat membanggakan apabila anak Malaysia ini menjadi tulang belakang disebalik penciptaan sistem “Super Handling All-Wheel Drive” atau SH-AWD.

Advertisement

Sistem yang mendapat anugerah ini adalah hasil ciptaan individu yang bernama Nor Hairuddin, 43, anak kelahiran Pahang dan juga beberapa lagi jurutera Honda yang lain.

Beliau adalah seorang pakar dalam All-Wheel Drive drivetrain (kumpulan komponen yang menyampaikan kuasa kepada roda pemanduan) dan mempatenkan beberapa rekabentuk AWD dibawah namanya dan juga Honda.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan jurutera pertama yang bukan warganegara Jepun menjadi ketua jurutera di Honda motor menyelia kerja-kerja penghasilan bagi banyak drivetrain AWD Honda.

Bukan sekadar itu, anak kebanggaan Malaysia ini juga sangat fasih berbahasa Jepun dan Inggeris dan telah menetap lebih 20 tahun di Jepun sejak mula belajar sehingga kini, selama 16 tahun daripadanya beliau bekerja untuk Honda.

Namun hasil kerja yang dihasilkan Nor Hairuddin kurang dirasai dan dinikmati oleh rakyat Malaysia kerana hanya dilengkapkan pada model Honda model Acura yang mana hanya dipasarkan di Amerika Syarikat, Kanada dan China.

Hairuddin individu yang bertanggungjawab dalam variasi mid-range sistem SH-AWD ini, iaitu satu sistem kepelbagaian kluc yang dikawal secara elektronik dipasang pada Acura TLX dan MDX.

Beliau menjelaskan, sistem AWD yang terdapat pada Acura ini berbeza dengan apa yang terdapat pada Honda CR-V yang juga menggunakan sistem AWD, satu-satunya model yang menggunakan sistem ini terdapat dalam pasaran Malaysia.

“Sistem yang digunakan oleh model CR-V hanya mempunyai satu kluc dan hanya boleh memindahkan tork (torque) di antara gandar depan dan belakang sahaja. Sistem SH-AWD ini pula menggunakan pelbagai kluc dan mampu memindahkan tork bukan sahaja antara gandar depan dan belakang, malah di antara gandar kiri dan kanan. Ia bukan sahaja mampu meningkatkan prestasi, tetapi juga mampu memberikan impak lebih baik kepada pemanduan pada permukaan bersalji”

Kini beliau dalam usaha menghasilkan generasi sistem SH-AWD seterusnya yang lebih ringan dan cekap bahan api daripada yang sebelumnya.

Tidak mahu melepaskan karier dan masa depannya yang sangat cerah bersama Honda, ketua jurutera Honda ini telah menetap di Jepun dan tidak berniat untuk pulang ke tanah air.

Hairuddin dalam pada masa sama tidak melupakan negara tercintanya dan memberikan nasihat kepada anak muda Malaysia yang bercita-cita tinggi.

“Anda perlu mengekalkan tumpuan kepada apa yang anda mahukan di dalam kehidupan, dan bekerja keras untuk dapatkannya. Saya percaya bahawa rakyat Malaysia mampu menjadi pakar di tanah asing, memimpin dalam bidang yang dipelopori oleh negara lain. Syarikat global seperti Honda sangat menghargai mereka yang berbakat tanpa mengira latarbelakang, warganegara, bangsa atau agama. Anda hanya perlu buktikan bahawa anda mempunyai bakat yang betul”

Sumber : Carlist

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...