Anak Main Gajet Berlebihan Berisiko Dapat ‘Virtual Autism’? Baca Perkongsian Doktor Ini

Trending

Anak Main Gajet Berlebihan Berisiko Dapat ‘Virtual Autism’? Baca Perkongsian Doktor Ini

Beberapa tahun dahulu, kita semua mengalami era di mana ‘Bibik menggantikan Ibubapa’ dalam proses pembesaran anak-anak.

Kini, fenomenanya agak berbeza sedikit.

Advertisement

Fenomena yang menimpa bukan sahaja pada masyarakat di Malaysia, tetapi juga masyarakat di luar negara, di mana ‘Gajet menggantikan Bibik/Ibubapa’.

Ramai yang mengakui, senang jika ada Ipad, sebab ianya memudahkan mereka melakukan kerja rumah, mudah bagi mereka mengawal tingkah laku anak jika berada di rumah kawan sebagai contoh, ataupun di kedai makan.

Tetapi, ramai yang tidak sedar, kesan yang boleh memudaratkan anak-anak kecil ini.

Adakah anda tahu, bahawa rangsangan yang berlebihan dari penggunaan gajet ini boleh mengecutkan otak anak anda, terutamanya kanak-kanak yang berumur bawah 3 tahun?

Gajet yang dimaksudkan ini juga termasuklah penggunaan televisyen, dan apa sahaja yang di tonton dan terhad dalam sebuah kotak.

Salah satu kesan yang paling serius adalah kanak-kanak berpotensi mendapat ‘Virtual Autism’ yang mana boleh mengakibatkan kesan yang buruk kepada masa hadapan anak itu sendiri.

Seorang doktor berkongsi tips bagaimana beliau berjaya mengurangkan ‘Screen Time’ pada anaknya dan sekaligus berjaya mengelakkan dari mendapat Virtual Autism.

Baca perkongsian beliau..

Alhamdulillah kami berjaya kurangkan “Screen Time” anak kami Firzanah dan berjaya mengelakkan Firzanah mendapat Virtual Autism.

(Penulisan panjang)

Kami suami isteri bersalah terhadap Firzanah kerana kami mendedahkan video kepada Firzanah seawal 3 bulan. Syukur Allah beri peluang tebus kesalahan kami.

Inna haza larizquna maa lahu minnafad.

Ibu saudara berikan Firzanah banyak mainan second-hand. Ada juga yang baru. Allah juga izinkan kami untuk kerap belikan mainan untuk Firzanah walaupun harganya RM5-RM10.

Setahun sekali belikan mainan harga lebih RM50.

Kini Firzanah dan mainan tidak dapat dipisahkan.

Alhamdulillah. Sejak bergelumang dengan mainan, screen time Firzanah dapat dikurangkan sebanyak mungkin.
Dan dengan izin Allah Firzanah tidak sempat mendapat “Virtual Autism”.

Dengan mainan yang pelbagai, Firzanah lama-kelamaan tidak lagi berminat menghadap gajet untuk masa yang lama.

Beliau lebih berminat menghabiskan masa memanipulasi barang-barang permainan sambil “role playing” sebagai doktor,tukang masak, waiter,ibu.

Syukur sangat-sangat emak dan bapak berjaya kurangkan “Screen Time” Firzanah seawal mungkin dan syukur sangat kebolehanan bercakap dan interaksi sosial Firzanah tidak terganggu.

Bahaya Screen Time yang berlebihan.

Boleh menyebabkan “Virtual Autism” dimana kanak-kanak dilahirkan normal tetapi lambat kebolehan bercakap, tidak minat bergaul, mudah mengamuk, tiada toleransi, tidak minat bermain mainan dan ketagih menghadap gajet.

Ibubapa di luar sana, renung-renungkan. Sedar awal sebelum terlewat.

Kajian Pakar Sakit Jiwa di Romania mendapati kanak-kanak yang menghabiskan masa 4 jam atau lebih dengan gajet sejak awal usia berisiko mendapat Autism Spectrum Disease(ASD).

Tetapi kajian pakar di Romania juga menunjukkan Virtual Autism ini boleh di”reverse”.

Paksa dan galakkan kanak-kanak bermain dan bergaul serta hentikan kebergantungan terhadap gajet. Mudah bukan!!

Kenali anak anda, sayangi anak anda, jangan ambil langkah mudah.

All the best to all of us dear Parents! Semoga Allah melindungi anak-anak kita dari ancaman teknologi.

Kredit : Dr. Nurul Farhanah Binti Mohd Fu’ad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...