Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, umum mengetahui dua anak lelaki Rita Rudaini aktif dalam permainan bola sepak mengikut jejak langkah bapa mereka Aidil Zafuan.
Berkongsi perbualan antara beliau dan anak sulungya, Airit Rayyan Rizqin, Rita terkedu saat Ryan meminta beliau mencari ‘daddy’ baru yang boleh melatihnya bermain bola sepak.
Secara selamba Rita pula berkongsi gambarnya bersama patung pemain bola sepak Cristiano Ronaldo sambil bergurau beliau sudah jumpa calon bapa baru buat anak-anaknya tetapi sudah disumpah menjadi patung kerana tidak mahu dirampas orang lain.
Kapsyen berbaur sindiran yang agak makan dalam itu mendapat perhatian ramai. Apatah lagi ironinya ia memang ada kebetulan dengan kisah rumah tangga pelakon itu sebelum ini.
Pada masa yang sama, ramai juga yang mendoakan agar satu hari nanti Rita bertemu jodoh yang baik.