Anak Luah Rasa Kesal, Ibu ‘Spend’ Duit Hibah Hampir RM800,000 Dalam Masa Setahun – “Seumur Hidup Tak Pernah Pegang Duit, Tu Jadi Jakun”

Kehidupan

Anak Luah Rasa Kesal, Ibu ‘Spend’ Duit Hibah Hampir RM800,000 Dalam Masa Setahun – “Seumur Hidup Tak Pernah Pegang Duit, Tu Jadi Jakun”

Ramai menyangka apabila dapat wang pampasan ratusan ribu ringgit apatah lagi mencecah RM800,000, hidup pasti jadi senang lenang, apatah lagi untuk warga emas yang sudah pun ada segalanya.

Tapi siapa sangka, jumlah wang yang sepatutnya membawa ketenangan di hari tua, akhirnya menjadi punca kejatuhan seorang wanita berusia ini.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang anak telah berkongsi bagaimana RM800,000 yang diterima sebagai hibah lesap dalam masa setahun selepas ibunya berbelanja.

anak kesal mak habiskan duit hibah

gambar hiasan

Tak beli tanah, tak buat rumah tak buat wakaf atau infaq dan belum pergi haji. Emas keluar masuk pajak gadai, sekarang tinggal sisa puluhan ribu.

Dia kemudiannya meluahkan dia tidak dapat membayangkan kegelisahan yang dirasai ibunya setelah wang yang diterimanya itu hampir habis.

Duit bukan hasil titik peluh sendiri memang jadi boros. Seumur hidup tak pernah pegang duit tu jadi jakun.

Kalau orang berjudi tu merugikan, ini berbelanja cara halal pun lebur. Pengurusan kewangan memang teruk.

Jelasnya, dia pernah cuba untuk menasihati ibunya namun tidak pernah diendahkan.

Menurutnya, ibunya membeli 10 ekor lembu untuk dikorbankan, satu tindakan yang pada pandangannya lebih kepada pameran daripada amal jariah.

Selain itu, ibunya turut meminjamkan RM50,000 kepada seorang rakan dengan harapan wang itu akan dilaburkan. Namun, wang itu tidak pernah kembali.

Bantu kawan melabur RM50,000, entah tak ada khabar. Asal kawan nak pakai duit, dia dahulukan. Tak bayar lagi. Tak apalah, biar je dah tak ada duit nanti terdiam la tu.

anak kesal mak habiskan duit hibah

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai dan ternyata ramai yang mendedahkan mereka turut mengalami perkara yang sama dan kesal wang dihasikan begitu saja tanpa memikirkan kelangsungan hidup dan ada yang percaya mereka berbuat sedemikian kerana anak-anak masih menanggung kehidupan seharian.

anak kesal mak habiskan duit hibah anak kesal mak habiskan duit hibah anak kesal mak habiskan duit hibah

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

hibah dicabar meningkat
2025-06-11 19:08:50

Kes Hibah Dicabar Di Mahkamah Semakin Meningkat Sejak Kebelakangan Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...