Anak Lelaki Tiba-Tiba Hilangkan Diri, Bapa ‘Terpaksa’ Kahwin Dengan Bakal Menantu Sebab Nak Elak Malu

Kehidupan

Anak Lelaki Tiba-Tiba Hilangkan Diri, Bapa ‘Terpaksa’ Kahwin Dengan Bakal Menantu Sebab Nak Elak Malu

Dalam satu kejadian yang berlaku di negara jiran, seorang bapa ‘terpaksa’ mengahwini wanita yang sepatutnya menjadi menantunya.

Menurut laporan, pengantin lelaki menghilangkan diri di hari perkahwinan pada hari akad nikah yang telah ditetapkan, 29 Ogos yang lepas.

Advertisement

Persiapan juga telah dibuat dengan rapi oleh kedua-dua buah keluarga bakal pengantin untuk majlis tersebut namun keluarga pihak lelaki juga terkejut apabila dia menghilangkan diri.

Ketika kejadian, tetamu yang dijemput semuanya sudah pun berada di lokasi dan keluarga pihak lelaki enggan membuatkan pengantin wanita itu malu.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, bapa pengantin dilihat duduk berhadapan dengan seorang lelaki yang memakai baju batik lengan panjang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INFORMANIA (@in_formania)

Mereka kemudian bersetuju untuk menikahkan gadis terbabit dengan bapa kepada bakal pengantin lelaki.

Kejadian tersebut membuatkan keluarga pengantin perempuan mengalami kerugian sebanyak 25 juta Rupiah (RM7,630).

Tidak dipastikan mengapa pengantin lelaki menghilangkan diri namun pasangan tersebut difahamkan telah lama menjalin hubungan cinta.

1 year ago

Suami Terus 'Cabut' Lepas Akad Nikah, Tak Mahu Bersanding Dengan Isteri Hamil Luar Nikah - "Keluarga Bawa Dia Lari"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TribunNews

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...