Anak Lelaki Allahyarham Dharma Harun Kongsi Detik Akhir – “Saya Terkedu, Menggigil Tengok Dia..”

Hiburan

Anak Lelaki Allahyarham Dharma Harun Kongsi Detik Akhir – “Saya Terkedu, Menggigil Tengok Dia..”

Anak lelaki kepada pelakon veteran Allahyarham Dharma Harun, Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman berkongsi mengenai detik ketika menemui arwah yang sudah meninggal dunia ketika pulang dari kelas.

Ditemui media, Syafiq berkata sudah menjadi kebiasaan untuk dia menyapa ayah dan memaklumkan pemergiannya ke kelas sebelum meninggalkan rumah mereka di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Advertisement

dharma harun meninggal dunia

Pagi tadi dia suruh saya tutup penghawa dingin. Saya beritahu saya nak gerak awal sebab ada peperiksaan.

Saya cuma sempat cakap ‘saya gerak dulu, bas dah sampai’. Itulah kata-kata terakhir saya dengan dia. Saya tak pernah rasa berat atau kurang ajar dengan dia. Saya faham dia dah berumur.

Kongsinya lagi, dia hilang kata-kata apabila menemui ayahnya sudah tidak bernyawa apabila pulang dari kelas.

Dharma Harun meninggal dunia

Selalunya kakak ada di rumah sebab saya bekerja dan selalu ada tugasan luar. Tapi hari ini kami balik lewat. Nak kata serba salah itu ada sebab kami lambat balik. Bila tengok ayah terbaring di sofa ruang tamu, saya terkedu dan menggigil.

Dalam pada itu, Syafiq berkata dia akan terus memegang amanah ayahnya yang memintanya meneruskan pengajian di ASWARA.

Terdahulu, Dharma Harun yang merupakan aktor terkenal sekitar tahun 1980-an dilaporkan meninggal dunia pada malam tadi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selaseh pada pagi Rabu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Noh Salleh
2025-11-26 08:43:34

Noh Salleh Dan Isteri Timang Cahaya Mata Pertama, Beri Nama Tara Svara - "Segalanya Sempurna.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...