Anak Langgar Kontrak Syarikat Penerbangan, Kak KM Sanggup Bayar Penalti RM50K – “Tak Sanggup Tengok Dia Kerja Berat”

Kehidupan

Anak Langgar Kontrak Syarikat Penerbangan, Kak KM Sanggup Bayar Penalti RM50K – “Tak Sanggup Tengok Dia Kerja Berat”

Difahamkan melalui laporan mStar, anak kepada usahawan sensasi, Kak KM iaitu Nabila Razman berdepan dengan penalti sebanyak RM50,000 susulan berhenti kerja sebagai pramugari di sebuah syarikat di Singapura selepas mengikut permintaan ibunya.

Sanggup bayar penalti RM50k

Menjawab persoalan ramai, Kak KM atau nama sebenar, Liana Rosli berkata anak sulungnya itu bukan diberhentikan, sebaliknya memilih untuk tidak meneruskan kerjaya sebagai pramugari.

Advertisement

Takkanlah dia diberhentikan pula. Atas dasar apa? Dia memang pekerja yang baik. Ikutkan kontrak Nabila dengan syarikat penerbangan itu selama lima tahun. Bila kita dah langgar kontrak sudah tentu kena bayar penalti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lianarosli Official (@kakkmsayang)

Dalam pada masa yang sama, usahawan itu mengatakan dirinya rela membayar penalti dengan jumlah sebanyak itu kerana menganggap duit boleh dicari, namun kebajikan anak perlu dijaga.

“Memang manjakan anak, tak sanggup tengok kerja berat”

Biasalah penalti yang perlu dibayar kepada syarikat antarabangsa ini bukan sikit tapi tak mengapa bagi saya duit boleh dicari.

Kak KM turut sempat menegaskan bahawa dakwaan mengenai Nabila tidak pernah diterima untuk bekerja di syarikat penerbangan itu sama sekali tidak betul, sebaliknya Kak KM sendiri yang meminta anaknya berhenti kerana tidak sanggup melihat Nabila melakukan pekerjaan berat.

anak kak km berhenti jadi stewardess singapore airlines
2025-07-22 12:23:38

“Tak Cukup Syarat Ke…?” – Anak Kak KM Tiba‑Tiba Berhenti Jadi Pramugari Tak Sampai Sebulan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...