Anak Kurang Fasih Berbahasa Melayu, Ezurin Khayra Luah Rasa Sedih – “Inilah Keburukan Bila Hantar..”

Kehidupan

Anak Kurang Fasih Berbahasa Melayu, Ezurin Khayra Luah Rasa Sedih – “Inilah Keburukan Bila Hantar..”

Sosialit dan ikon fesyen terkenal, Ezurin Khyra meluahkan rasa sedih apabila anaknya, Tunku Omaan Khyra, tidak fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, Ezurin berkongsi pandangannya mengenai salah satu kekurangan menghantar anak ke sekolah berasrama di luar negara.

Advertisement

Inilah antara keburukan menghantar anak ke sekolah berasrama di luar negara. Sebab mereka tak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan lancar.

Walaupun menyedari kekurangan tersebut, Ezurin tetap bangga kerana anaknya sedang berusaha untuk memperbaiki penguasaan bahasa ibunda.

Menurutnya, Omaan telah memuat turun sebuah aplikasi khas untuk membantu memahami dan bertutur dalam Bahasa Melayu dengan lebih baik.

Omaan dah muat turun satu aplikasi untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Melayu. Ini kerana dia paling kurang bertutur dalam bahasa itu berbanding yang lain.

Untuk makluman, Ezurin pernah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Datuk Yaacob, namun mereka bercerai pada tahun 2022. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang anak iaitu Tunku Amaan, Tunku Nadya, Tunku Omaan, Tunku Imaan dan Tunku Rmaan Khyra.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jojo ghazali
3 hours ago

"Korang Jangan Harap La Nak Buat Aku Koyak Dengan Komen Bahal*l Korang" - Jojo Ghazali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...