Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis Methampethamine dijumpai dalam badannya mendapat perhatian ramai warga Malaysia.
Susulan kes itu, bapa saudara mangsa berusia 30 tahun juga telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.
Ketika ditemu bual, ibu kanak-kanak lelaki itu berkata dia hanya berharap anaknya itu sedar meskipun akan ada kesan sampingan lain.
Saya hanya inginkan anak sedar sahaja, tidak mengapa kalau dia tidak boleh berjalan atau ada kesan lain, itu sahaja yang saya harapkan.”
Sudahlah sedang dalam kesedihan kerana anak lelakinya masih belum menunjukkan kesan positif dan telah ditidurkan, namun ternyata wanita berusia 36 tahun itu juga sebenarnya sedang menahan sakit.
Menurut laporan seorang wartawan, wanita terbabit kini sedang bergelut dengan masalah kesihatan kerana menghidap kanser payudara tahap lima.
Wanita berusia 36 tahun ini bukan sahaja dalam keadaan runsing selepas anak lelakinya berusia 4 tahun masih kritikal akibat “termakan” lebihan dadah methampethamine dalam kereta bapa saudaranya.
Malah si ibu juga sedang bergelut dgn kesihatan akibat kanser payudara tahap lima. pic.twitter.com/SggKWioQRm
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) June 21, 2022
Berdasarkan laporan terkini, siasatan polis mendapati mangsa berkemungkinan besar mengambil bahan larangan itu selepas menjumpainya di dalam kenderaan milik bapa saudara.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa mungkin ditinggalkan oleh suspek di dalam Proton Saga dinaiki mereka selepas mendapatkan bekalan dadah itu.
Kita percaya suspek mengambil bekalan dadah dengan membawa mangsa bersama dalam kenderaannya dan siasatan awal menunjukkan ada kemungkinan mangsa ditinggalkan dalam kereta dan ada lebihan dadah di dalamnya.”