Anak Kerap Berjaga Malam & Susah Nak Tidur, Tip Ini Boleh Bantu Elak Anak Jadi “Burung Hantu”

Trending

Anak Kerap Berjaga Malam & Susah Nak Tidur, Tip Ini Boleh Bantu Elak Anak Jadi “Burung Hantu”

Baru-baru ni , saya dapat whatsapp dari seorang ibu..

Advertisement

“Lecehhhh sangat nak kejut anak-anak bangun pagi dan siapkan mereka untuk ke sekolah. Mesti nak kena jerit-jerit dulu baru diorang bangun. Pastu bergerak pulak slowwww macam siput.”

Bila saya baca mesej ni,
saya teringat kat diri sendiri
Sebab saya dulu pun sejibik sejibon camtu.
Selalu cranky bila kena bangun pagi.

Tapi bila fikir-fkir balik, punca dia satu je, TAK CUKUP TIDUR.

Dan sekarang, bila Haikal dah semakin besar, saya mula sedar yang tak lama lagi Haikal perlu tolerate dengan rutin awal pagi. Lagipun dalam islam memang galakkan kita berpagi-pagian, sebab rezeki Allah turun pada waktu pagi. Kan?

So saya mula cuba macam-macam cara untuk latih Haikal tidur awal dan bangun awal, tanpa dipengaruhi oleh keadaan sekeliling termasuk— saya.

To be honest, saya tak pernah ada jadual tidur yang teratur.

Because being a writer, ilham lebih banyak datang dan jari lebih laju menaip, kebiasaannya pada waktu malam. Terutama jam 2 pagi ke 5 pagi.

Itu adalah waktu alpha. Waktu paling tenang dan paling less distractions untuk menulis.

Dan Haikal selama ni memang ikut saya.
Bila ngantuk, tidur. Bila tak ngantuk, takyah tidur.

Kadang tidur pukul 10pm, bangun pukul 4am.
Kadang tidur pukul 12am, bangun pukul 7am.
Kadang tidur pukul 2am, bangun pukul 10am.
Kadang tidur pukul 4am, bangun-bangun terus solat asar.

So since few months ago, saya dah mula jalankan beberapa training terhadap Haikal, dan cuba macam-macam cara, to find the best ways untuk train waktu tidur dan waktu bangun dia, supaya lebih teratur dan konsisten.

Dan dalam apa pun perubahan yang saya buat pada rutin harian Haikal, saya akan pentingkan dua benda.

Satu, emosi Haikal.
Dua, emosi saya.

Semuanya perlu berlaku dalam keadaan yang positif, gembira dan tiada unsur paksaan atau kekerasan. Sebab saya percaya, disiplin yang diterapkan dalam keadaan emosi yang baik, insyaAllah akan berpanjangan.

Dannnnn..

Alhamdulillah, so far so good.
Haikal is adapting very well with his new morning routine.

Dan 8 tips yang saya akan kongsikan hari ni, adalah antara yang paling mudah dan berkesan dalam berpuluhhh tips yang saya cuba.

1) LEAD BY EXAMPLE

Dalam apa jua rules, suruhan atau nasihat semata-mata adalah BUANG MASA. Sebaliknya, tunjuk. Dan JADI contoh kepada anak-anak.

Nak anak tidur awal, parents kena mulakan dulu.
Nak anak solat awal waktu, parents kena mulakan dulu.
Nak anak hadkan main gajet, parents kena mulakan dulu.

Anak-anak takkan dengar nasihat, tapi mereka, MENCONTOHI kita.

So untuk melatih anak tentang routine baru, ia perlu dilakukan bersama-sama, dan bermula dengan ibu bapa.

2) SUFFICIENT SLEEP

Ibu bapa kena tahu keperluan tempoh tidur anak, mengikut umur. Boleh google dan do some readings on this.

Macam untuk umur Haikal, dia sepatutnya tidur 10 jam straight pada waktu malam, dan tidak memerlukan waktu tidur siang atau nap time.

Senang untuk saya set waktu dia patut tidur dan waktu dia patut bangun. Tempoh tidur yang cukup (mengikut umur) adalah sangat penting untuk physical & mental development anak.

So macam mana nak pastikan anak dapat tidur yang cukup, walaupun perlu bangun awal pagi?
Of course, dengan tidur awal.

Ini antara yang saya lakukan supaya Haikal tidur lebih awal dan lebih mudah lelap:

i) Kurangkan makanan / minuman ber-caffeine, sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur. Contohnya, chocolate, coffee, milo.

ii) Dinner lebih awal. 7pm dah dinner.

iii) Kurangkan snack atau makanan bergula, macam ice-cream, peanut butter, etc. Benda-benda macam ni buat anak sugar-rushed, excited, atau hyper. Tu yang melompat sana, melompat sini. Esoknya dapat aduan dari jiran-jiran, sebab rumah kau bising macam stadium.

iv) Limit screen time. Kalau boleh, start waktu magrib tu dah no screen time at all. TERMASUK PARENTS. Screen time tu termasuklah tv, internet, gadget, movie, etc.

Sebab screen entertainment akan menyebabkan anak excited, dan otak bertambah laju memproses.
Tu yang bila dah baring pun masih terbayang-bayang didi and friends ajar cara gajah jalan.

Yang mak-mak pulak terbayang-bayang Fattah Amin. Eh tibaaa

Kalau boleh, lepas magrib tu luangkan masa dengan aktiviti keluarga. Buat homework sama-sama ke, baca buku ke, mengaji ke, pergi masjid ke, buat aktiviti yang duduk setempat supaya tak memenatkan parents, especially yang bekerja.

3) PREPARE A NIGHT BEFORE

Latih anak prepare barang-barang untuk di bawa ke sekolah, a night before. Sebelum tidur dah siapkan beg sekolah, botol air, baju yang nak dipakai, etc. Ini akan buat anak lebih mentally prepared untuk pergi sekolah keesokkannya.

4) GET UP BEFORE YOUR KID

Kita yang nak kena siapkan anak-anak ni,
kena bangun sebelum anak-anak bangun.
Kalau anak kita bangun pukul 7am,
kita bangun pukul 6am.
Kalau anak bangun pukul 6am,
kita bangun pukul 5am.

Kenapa?

Sebab menurut kajian, manusia boleh berfungsi sepenuhnya, 45 minit selepas bangun dari tidur.

Maksudnya, bila kita bangun, kita perlukan 45 minit untuk betul-betul optimize body & mental function.

Kalau kita bangun sama dengan anak, anak belum fully-functioned, kita pun belum fully-functioned,
tu yang puting beliung dalam rumah setiap pagi tuh.

Penting untuk kita bangun sebelum anak-anak, supaya kita boleh take time untuk stretching, mandi, minum coffee, atau ambil apa-apa makanan / minuman yang boleh buat kita alert dalam masa yang singkat.

Lepas kita dah fresh, terus pergi bilik anak dan expose bilik tersebut kepada sunlight. Kalau bilik ada tingkap, buka tingkap. Atau buka je lampu. Sebab cahaya akan menyebabkan otak manusia alert atau awake dengan segera.

Bila anak dah ready, bagi anak breakfast meal yang boleh freshen up badan mereka, contohnya milo, nestum atau apa-apa yang mungkin boleh bagi anak sugar-rushed sikit.

Macam haikal, pagi-pagi dia suka makan biskut oat, roti peanut butter, dan milo ais.

5) MORNING ROUTINE CHART

Lihat morning routine chart Haikal di bahagian komen. Apa tujuan chart ni?

Untuk guide anak tentang steps yang dia perlu buat setiap pagi. Nampak remeh, tapi sebenarnya effective dan membantu anak yang MAMAI baru bangun, untuk menguruskan diri mereka dengan cepat.

Kadang-kadang anak lembap pepagi ni sebab dia tak nampk apa yang perlu di-rushing kan sangat.
Tu yang melengganggg.

So bila kita buat carta bergambar camni, dan tampal kat bilik anak, pergerakan dia lebih guided, teratur dan lebih pantas.

Lepas bangun, gosok gigi.
Lepas gosok gigi, mandi.
Lepas mandi, pakai baju.
Lepas pakai baju, sikat rambut.
Lepas sikat rambut, breakfast.
Camtu.

I find this works wonders on Haikal. Kalau dulu, nak bersiap punya lamaaaaaa. Jenuh seru nama dia untuk mandi la, gosok gigi la, hergh. Tapi sekarang, 15 minit je dah terpacak kat meja makan minta milo ais, ais lebih.

6) REMAIN CALM AND POSITIVE

Pagi adalah faktor yang sangat penting dalam menentukan kualiti hari tersebut. Kalau pagi tu dah macam puting beliung, dan kita dah ada energy dan emosi yang kurang baik, susah untuk dapat kualiti yang baik sepanjang hari tu. Kan?

Sama macam anak-anak. Untuk mereka ceria dan positif sepanjang hari, ia bermula dengan emosi yang baik pada pagi tu.

Bila anak lembap bergerak, gosok gigi pun setengah jam, parents perlu maintain tenang, bercakap dengan dia, bantu dia, bimbing dia, dan bagitahu dengan baik, apa yang dia patut buat.

Tak perlu nak kalut-kalut, ugut-ugut, jerit-jerit, etc.
Ok?

7) SPECIAL WEEKEND

Berita buruk—
weekend pun korang tetap kena bangun awal.

Kenapa?

Menurut kajian, untuk melakukan sesuatu perubahan dalam rutin harian, ia perlu consistent dilakukan selama 21 hari sekurang-kurangnya.

Consistent tu maksudnya, SETIAP HARI.
.
Takde ponteng,
takde ngelat,
takde cheat day,
walaupun weekend.

So macam mana kita nak buat anak bangun awal walaupun tak perlu ke sekolah? Rancang hujung minggu yang special untuk mereka.

Beritahu anak

“Walaupun esok hari sabtu, kita tetap kena tidur awal malam ni dan bangun awal esok pagi, sebab kita nak pergi berkelah!”

So anak-anak pun—
YEAYYYYYY!!

Tak semestinya rancang aktiviti di luar. Kat rumah pun boleh. Contohnya, memasak sama-sama,
berkebun sama-sama, basuh kereta sama-sama, atau apa-apa aktiviti yang boleh buat anak teruja dan bersemangat untuk tidur awal dan bangun awal.

8) GIVE ROOM FOR THEM TO LEARN / MAKE MISTAKES, AND BE CONSISTENT
Tempoh 21 hari yang saya sebut tadi, sebenarnya adalah adaptation period. Means, parents perlu expect imperfections atau mistakes daripada anak-anak.

Beri anak ruang dan masa untuk buat kesilapan, belajar dan faham slowly. First week gagal itu biasa. Tapi pasti ada improvement pada second week dan third week, jika parents beri ruang untuk anak-anak buat silap dan belajar.

People always learn from experience and mistakes. Macam tu juga anak-anak.

Jangan mudah give up, dan sentiasa percaya, anak-anak hanya perlukan masa, sepertimana kita perlukan masa untuk lakukan sesuatu perubahan.

Kan?

Dan jangan terlalu gelojoh nak melihat perfection atau result yang bagus.

Sebaliknya, lihat effort anak, sentiasa encourage mereka untuk buat lebih baik, dan always make them aware bahawa kita sentiasa ada bersama mereka walau beribu kesilapan mereka lakukan untuk belajar menjadi lebih baik.

Sekian, harap bermanfaat.

Kredit : Adlil Rajiah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...