Anak Kepada Ibu Malaysia Yang Berkahwin Dengan Warga Asing Automatik Diberi Warganegara Seawal 1 Jun 2026

Berita

Anak Kepada Ibu Malaysia Yang Berkahwin Dengan Warga Asing Automatik Diberi Warganegara Seawal 1 Jun 2026

Pelaksanaan pemberian kewarganegaraan automatik kepada anak yang lahir di luar negara hasil perkahwinan ibu warganegara Malaysia dengan pasangan bukan warganegara dijangka mula berkuat kuasa pada 1 Jun ini.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan perkara tersebut kini berada di peringkat akhir sebelum dilaksanakan sepenuhnya. Menurut beliau, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memuktamadkan pindaan kaedah-kaedah kewarganegaraan, termasuk penyediaan sistem pra-pendaftaran dalam talian bagi memudahkan urusan ibu bapa pada masa hadapan.

Advertisement

warganegara

Jelasnya, proses pelaksanaan kini hanya menunggu perkenan Yang Di-Pertuan Agong sebelum dikuatkuasakan mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

Dalam perkembangan sama, Kementerian Dalam Negeri turut mencatat prestasi memberangsangkan dalam pengurusan isu kewarganegaraan. Sepanjang tempoh tiga tahun kebelakangan ini, KDN berjaya menyelesaikan sebanyak 52,444 kes, iaitu hampir menyamai jumlah kes yang diselesaikan sepanjang lapan tahun pentadbiran sebelum ini.

Setakat hujung tahun lalu, hanya 3,738 permohonan sahaja yang masih tertunggak dan sedang dalam proses tindakan.

Lebih signifikan, KDN kini menetapkan komitmen baharu yang lebih efisien apabila berjanji untuk memberi maklum balas dan keputusan bagi setiap permohonan kewarganegaraan dalam tempoh satu tahun sahaja. Sebelum ini, ada pemohon yang terpaksa menunggu sehingga berpuluh tahun tanpa kepastian.

Langkah ini dilihat sebagai sinar baharu yang mampu memberi jaminan masa depan lebih jelas dan terjamin buat anak-anak kepada ibu warganegara Malaysia yang dilahirkan di luar negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azam Baki
2026-02-10 13:36:38

Pegangan Saham Azam Baki Kembali Dipersoal, Laporan Dedah Miliki 17.7 Juta Saham Velocity Capital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...