June 29th, 2009

anak kembar sharifah aleeya

Jutaan tahniah daripada kami kepada keluarga Sharifah Aleeya. Sharifah Aleeya telah pun selamat melahirkan anak kembar perempuannya secara pembedahan Sabtu lalu kalau tak silap kami.

Walaupun berharap nak melahirkan anak kembarnya secara normal, disebabkan masalah-masalah teknikal dan nasihat doktor, proses kelahiran telah dilakukan secara pembedahan.

Nama anak kembar perempuan Sharifah Aleeya masih belum diketahui setakat ini. Yang pastinya pasti tak cukup tangan Sharifah Aleeya nak layan kerenah 2 orang puteri kembarnya ini.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Aleeya dan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin.


Comments are closed.

Loading...