Umum diketahui bahawa pada hari Ahad, 21 Februari merupakan detik yang cukup bersejarah bagi negara Malaysia apabila negara kita telah memperoleh vaksin COVID-19 yang pertama.
Menurut laporan, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Pertama akan diawalkan dari tarikh asal.
Para frontliners akan menerima dos atau suntikan dan kemudian diikuti dengan golongan warga emas dan berisiko. Rakyat Malaysia dan warga asing pula bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 ini dari Mei 2021 hingga Februari 2022.
Pasti ada juga yang tertanya-tanya, siapakah individu yang menerbangkan vaksin COVID-19 pertama ke Malaysia.
Kapten Hamdan Che Ismail, seorang kapten Malaysia Airlines telah mengetuai penerbangan tersebut menggunakan pesawat A330 yang telah selamat mendarat pada hari Ahad, 21 Februari 2021.
Kapten Hamdan yang telah berkhidmat untuk Malaysia Airlines selama 29 tahun ini telah menyampaikan perasaan terharu beliau apabila dipilih untuk mengendalikan perjalanan yang pastinya merupakan detik bersejarah untuk negara Malaysia dan juga seluruh dunia.
Kini, kita sudah lebih dari setahun berhempas pulas untuk membendung wabak COVID-19 ini.
Walaupun jumlah kes harian kini masih tiada lagi tanda-tanda penurunan ke satu angka ataupun 0, namun dengan penerimaan vaksin COVID-19 pertama ini, kita hanya mampu berharap agar ia akan memberi impak yang cukup positif dalam usaha negara memutuskan rantai COVID-19 ini.
Namun demikian, haruslah diingatkan bahawa vaksin yang paling efektif menurut MKN adalah penjarakan sosial dan juga amalan SOP yang telah dikuatkuasakan.
Sama-sama kita berdoa dan berharap agar pandemik ini akan pulih dan segalanya akan kembali seperti biasa dalam masa yang terdekat, Insyallah.