Anak Kelahiran Sabah Ini Buka ‘Warung’ Nasi Lemak Di London

Trending

Anak Kelahiran Sabah Ini Buka ‘Warung’ Nasi Lemak Di London

Siapa yang tidak suka dengan nasi lemak? Memang makanan wajib rakyat Malaysia setiap masa. Lebih menyelerakan kalau ada pelbagai lauk.

Advertisement

Ingin makanan kegemaran ramai ini dikenali di luar negara, seorang anak kelahiran Sabah, Duzy Noramzamnas Abdul Aziz mengambil langkah berani untuk membuka kedai Nasi Lemak Nek Nong di London.  Nama Nek Nong  itu sebenarnya diambil sempena nama panggilan ibunya.

Untuk makluman anda, Duzy sebelum ini pernah mengusahakan Warung Nasi Lemak Ben-Seoul di Korea Selatan dan ia mendapat sambutan yang cukup hangat sehingga rakyat Korea jatuh cinta dengan makanan itu.

Mencari peluang perniagaan baru, beliau membuat keputusan untuk menutup perniagaanya di Korea dan membuka pula kedai baru di London.

Kedainya terletak kira-kira lima minit berjalan kaki dari Stesen Paddington dan bersebelahan dengan Bayswater.  Nasi Lemak hasil air tangan Duzy dihidangkan dengan sambal resepi istimewa, ikan bilis, timun, telur dan beberapa lauk tambahan seperti ayam, sotong dan kupang.

Kata Duzy, perniagaannya itu mendapat sambutan dan diterima masyarakat London. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia juga boleh mengubati kerinduan menikmati sajian ini.

Sumber Berita : NST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...