“Anak Kedua Saya Nak Guna” – Netizen Minta Derma Baju Bilal Ketika Bayi, Neelofa Tak Bercadang Nak Beri

Hiburan

“Anak Kedua Saya Nak Guna” – Netizen Minta Derma Baju Bilal Ketika Bayi, Neelofa Tak Bercadang Nak Beri

Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa memaklumkan dia tidak bercadang untuk memberi baju anak pertamanya, Bilal kepada peminat di luar sana.

Dedah Neelofa, ramai yang menghantar mesej meminta dia dan suami memberi derma pakaian Bilal ketika bayi sekiranya ia tidak digunakan lagi.

Advertisement

Tegas isteri kepada PU Riz ini, mereka bukan enggan menderma tetapi barang-barang tersebut akan digunakan semula oleh bayi keduanya yang akan dilahirkan tidak lama lagi.

Saya buka semula bungkusan barangan yang Bilal guna ketika bayi. Ramai pula yang mesej saya meminta. Kenapa pula saya nak beri orang sedangkan mahu guna untuk anak kedua.

Jelasnya, dia banyak menerima mesej meminta baju-baju Bilal daripada sesetengah wanita yang bakal melahirkan anak.

Jangan ada pula yang mesej saya dalam media sosial ‘saya hamil, akan melahirkan anak dua bulan lagi dan boleh beri kepada saya? Ini untuk anak saya puan.

Sekadar info, Neelofa kini sarat hamil anak kedua dan dilaporkan sudah memasuki lapan bulan usia kandungan.

Dia dan Haris masih lagi berahsia mengenai jantina bayi kedua mereka kepada umum.

2 years ago

Kena Fitnah Makan Duit Adik Sendiri, Kakak Dedah Bapa Pakai Duit Gaji Asif Beli Pil Kuda & 'Spin' Judi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...