“Anak Kedua Allah Bagi Ikut Muka Mommy, Adil Kan?” Rita Rudaini Imbau Kenangan Lahirkan Airit Qaqa

Hiburan

“Anak Kedua Allah Bagi Ikut Muka Mommy, Adil Kan?” Rita Rudaini Imbau Kenangan Lahirkan Airit Qaqa

Pelakon Rita Rudaini menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya ada memuat naik ucapan ulang tahun kelahiran anak kedua iaitu Airit Qaqa Arjuna Mohamad Aidil Zafuan yang ke-10 tahun.

Dalam entri tersebut, Rita telah memuat naik sebuah video di mana gambar-gambar  kenangan Airit ketika anaknya itu masih kecil. Turut kelihatan beberapa keping foto Airit bersama bapanya, Aidil Zafuan.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Menulis panjang lebar, Rita meluahkan rasa syukur kerana bukan saja dikurniakan rezeki cahaya mata malah wajah anak keduanya itu mirip dirinya kini.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Tepat jam 1.26 tengahari harini 29/4/2011.. mommy lahirkan seorang bayi comel putih melepak macam mommy dia. Muka yang ke-2 ini Allah bagi pulak follow muka mommy..adil kan..”

Pelakon filem Mami Jarum Junior ini juga turut mendoakan agar Airit diberikan kesihatan yang baik serta menjadi seorang muslim yang taat pada perintah Allah.

Dalam pada itu, Rita yang sering saja melayan komen-komen peminat turut membalas komen seorang individu yang tampil meluahkan rasa simpati kerana kedua anaknya itu membesar tanpa kasih sayang seorang bapa.

Komen IG RitaSumber : Instagram Rita Rudaini  

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak namun bercerai pada tahun 2013 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup Rita dan Aidil dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayaan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...