Anak Kecewa Along Cham Bakal Bercerai Kali Kedua – “Dah 8 Tahun Dia Tak Dapat Kasih Sayang Seorang Ibu..”

Hiburan

Anak Kecewa Along Cham Bakal Bercerai Kali Kedua – “Dah 8 Tahun Dia Tak Dapat Kasih Sayang Seorang Ibu..”

Pelawak dan pelakon, Along Cham mengakui bahawa anak lelakinya iaitu Ahmad Daniel kecewa dengan kemelut dalam rumah tangganya bersama isteri, Afreena Suhaimi.

Anak kecewa

Memetik laporan OhBulan!, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad juga mendedahkan bahawa anak lelakinya sudah lapan tahun tidak merasai kasih sayang seorang ibu dan kini mengharapkan kehadiran sosok itu dalam hidupnya.

Advertisement

along cham dan anak

Sudah semestinya dia kecewa. Tipulah kalau dia tak kecewa cuma dia kuatlah. Saya pun sibukkan diri dia balik dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Saya cakap dekat dia ‘Abang tak perlu fokus dengan semua ni, biar papa handle’.

 

Dia harapkan dapat ganti bahu seorang ibu yang dah lapan tahun tak dapat kasih sayang dan sekarang baru nak dapat cuma ada pihak yang cakap saya larang untuk berjumpa dengan anak.

Minta isteri beri kasih sayang pada anak

Along turut berkata dia juga pernah meminta Afreena agar memberikan kasih sayang kepada Daniel selain perlu mengambil alih tanggungjawab sebagai seorang ibu.

along cham dan isteri

Saya dah warning Afreena untuk ambil alih kasih sayang seorang ibu yang Daniel sudah terlepas selama lapan tahun dan tolong elakkan diri dari terhasut dengan anasir luar termasuklah bekas isteri saya (Zila Saeron).

Nafi halang jumpa anak

Dalam pada itu, pelawak itu turut menafikan dakwaan bahawa dia menghalang bekas isterinya untuk bertemu anak mereka.

along cham dan anak

Masa mak saya tolong untuk jaga anak saya ketika saya sibuk dengan kerja saya, saya bagi peluang kepada bekas isteri saya untuk datang melawat anak dan dia datang hanya beberapa kali sahaja.

 

Saya bukannya nak pisahkan anak dan ibu tapi saya sebagai seorang bapa, saya kalau nak pisahkan anak saya dengan dia, saya akan pisahkan terus tapi ini pasal kes nusyuz saya yang lepas.

 

Bila saya dah kahwin, saya cakap dengan bekas isteri tolong jangan ganggu ruang Daniel untuk dapatkan kasih sayang seorang ibu baru.

Terdahulu, pengesahan lafaz cerai taklik melibatkan Along dan Afreena terpaksa ditangguhkan kepada 8 Mei depan.

Keputusan itu dibuat mahkamah selepas Hakim Syarie Muhamad Nazri Basrawi mendapati berlakunya kekeliruan berkaitan dokumentasi yang dibuat Along selalu plaintif.

along cham lafaz cerai dua bulan selepas nikah, isteri langgar taklik sekali
24 hours ago

Along Cham Pernah Lafaz Cerai 2 Bulan Selepas Nikah, Isteri Dedah Sekali Saja Langgar Taklik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...