Malaysia sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berpatutan kepada rakyatnya jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
Namun, ada juga yang beranggapan bahawa caj perkhidmatan yang dikenakan kepada rakyat kini patut dinaikkan supaya masyarakat lebih memandang serius terhadap kesihatan diri sendiri dan mengelak daripada dijangkiti sebarang penyakit.
Sekadar info, kerajaan kini mengenakan caj pendaftaran untuk rawatan biasa sebanyak RM1, manakal RM5 bagi temu janji bersama pakar untuk warganegara.
Manakala bagi caj perkhidmatan kelahiran bagi, kos yang dikenakan antara RM300-RM400 bagi pembedahan c-sect dan RM100-RM200 bagi bersalin normal.
Bagi individu yang ingin dikenali sebagai Aida ini, kos minima atau subsidi kelahiran sepatutnya dihadkan kepada tiga orang anak sahaja kerana ramai yang mengambil kesempatan untuk beranak banyak selain mengabaikan isu perancangan keluarga.
Dia juga memberi contoh golongan asnaf yang sering dikaitkan dengan kelahiran anak yang tinggi selain sering menerima bantuan kerajaan.
Kalau bersalin tu hadkan percuma untuk tiga kelahiran je, lebih daripada tu bayar RM1,000. Barulah asnaf-asnaf ni takut nak beranak ramai. Harapkan bantuan je untuk hidup.
Hantaran itu kemudiannya ternyata telah menerima pelbagai reaksi daripada warga maya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.