Anak Kapal MAS Ditahan Polis Perancis Atas Dakwaan Serangan Seksual

Trending

Anak Kapal MAS Ditahan Polis Perancis Atas Dakwaan Serangan Seksual

Seorang anak kapal Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah ditahan oleh pihak polis di Perancis atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap salah seorang penumpangnya ketika dalam satu penerbangan.

Advertisement

MAS turut mengesahkan perkara itu susulan dakwaan oleh seorang penumpang yang membuat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Paris menggunakan pesawat MH20, bahawa pramugara MAS terbabit berkelakuan tidak senonoh terhadapnya.

“Penerbangan Malaysia sentiasa mengharapkan standard yang terbaik dari kakitangan kami dan kami juga mengambil serius dakwaan seumpamanya.

“Kami akan membantu pihak berkuasa Perancis menjalankan siasatan mereka dan kami ingin menegaskan bahawa keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami,” kata MAS di dalam satu kenyataan media.

Sebelum ini, sebuah portal berita The Cubic Lane melaporkan bahawa seorang warganegara Australia yang menaiki pesawat MAS itu, telah menyuarakan kebimbangan yang amat mendalam mengenai tahap keselamatan pesawat itu, ekoran tragedi malang MH370 dan MH17, kepada pramugara terbabit.

Pramugara tersebut kemudian dilaporkan duduk di sebelah wanita itu, untuk cuba ‘menenangkannya’.
Tindakan itu, kemudiannya didakwa bertukar menjadi serangan seksual.

Selepas tiba di Lapangan Terbang Roissy-Charles de Gaulle di Paris, penumpang itu menghubungi polis dan melaporkan kejadian tersebut.

Selepas disoal siasat oleh pihak polis, anak kapal itu mengakui perbuatannya dan telah ditahan.-astro awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...