“Anak Kami Layak, Mengapa Tidak?” – Anzalna Nasir Jawab Kritikan Netizen Berkenaan Sikap Terlalu Mewahkan Anak-Anak

Hiburan

“Anak Kami Layak, Mengapa Tidak?” – Anzalna Nasir Jawab Kritikan Netizen Berkenaan Sikap Terlalu Mewahkan Anak-Anak

Selepas menerima teguran agar tidak terlalu memanjakan anak dengan kemewahan, pelakon Anzalna Nasir menegaskan bahawa anak-anaknya berhak menerima layanan yang terbaik.

Anzalna, atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 37, menjelaskan bahawa rezeki yang diperoleh harus dikongsi bersama kedua-dua anak lelakinya, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan, demi mencipta momen gembira dan kenangan indah.

Advertisement

Ada segelintir orang berkata kami tidak seharusnya manjakan anak-anak dengan pakaian mahal atau bawa ke tempat-tempat mewah.

Tetapi kenapa tidak? Anak kami layak mendapat yang terbaik. Tidak salah memberi kebahagiaan dan mencipta kenangan indah.

Nikmat yang kita terima adalah untuk dikongsi bersama orang tersayang.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon drama Cinta Dari Syurga itu turut menitipkan ucapan hari lahir buat kedua-dua anaknya yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Mei.

Anzalna dan suaminya, Muhammad Hanif Zaki, juga sentiasa berusaha keras untuk memenuhi impian anak-anak mereka, termasuk apabila mereka sudah meningkat dewasa nanti.

Setiap tahun, kami meraikan mereka (anak) dengan sepenuh hati kerana mereka layak untuk menerima semua ini.

Rezeki anak ini memang lain macam. Nikmat yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata tetapi hanya boleh dirasai dengan hati.

Selagi ada rezeki, kami akan sentiasa memberikan terbaik untuk anak-anak dari mereka kecil hingga dewasa.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada tahun 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki  iaitu Mohamad Eidrees, 6, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia tiga tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

saidah kamarudin
1 day ago

Bekas Tunang Godam Akaun TikTok, Pelakon Wanita Buat Laporan Polis - "Dia Memang Suka 'Fame' Sementara Macam Ni"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...