Anak ‘Kaki Game’, Ibu Sanggup Datang Kafe Siber Suapkan Nasi

Trending

Anak ‘Kaki Game’, Ibu Sanggup Datang Kafe Siber Suapkan Nasi

Seorang wanita dilihat terlalu memanjakan anaknya apabila sanggup datang ke kafe siber semata-mata mahu suapkan nasi kepada anak lelakinya berusia 13 tahun kerana ketagih bermain permainan video.

game

Advertisement

Carlito Garcia dilaporkan pernah ponteng sekolah dan sanggup bermain permainan komputer Rules of Survival selama 48 jam tanpa henti di sebuah kafe siber di wilayah Nueva Ecija, Filipina.

Ibu remaja berkenaan, Lilybeth Marvel, 37, mengakui dia berasa bimbang jika anaknya tidak menjamah sebarang makanan berkhasiat disebabkan ketagih bermain permainan itu yang berlarutan sejak dua tahun lalu.

Dia juga menghantar sarapan pagi dari rumah untuk anaknya di kafe siber tersebut.

“Saya mahu dia berasa bahawa apa jua berlaku dalam kehidupannya, saya sebagai ibu tetap menyayangi dan menjaga dia,” kata Marvel baru-baru ini.

game

Marvel bekerja sebagai tukang urut manakala suaminya bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Mereka menghentikan persekolahan Garcia sebagai usaha untuk menangani ketagihannya tetapi gagal melakukannya.

Ibunya kini meminta bantuan netizen untuk menangani masalah Garcia itu.

Sumber Berita: Kosmo! Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...