August 5th, 2020

Anak lelaki kepada penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani baru-baru ini telah dimasukkan ke sebuah perubatan di Shah Alam setelah dia dilaporkan telah jatuh pengsan secara tiba-tiba ketika sedang membuat siaran langsung di Instagramnya pada Isnin lalu.

Perkembangan terkini Zaki Yamani telah dilaporkan oleh ibunya, Fatimatuzahra Samat, 39, semalam.

Menurut Fatima, penyanyi remaja berusia 14 tahun itu memang menghidap asma dan telah mengadu sesak nafas dan batuk-batuk sejak beberapa hari yang lalu.

View this post on Instagram

Zaki di kejarkan ke hospital berdekatan skg. Doakan dia selamat dan cepat sembuh

A post shared by ZAKI YAMANI – ????????? (@zakiyamani._) on

“Masa tu dia memang mengadu dah tak berapa sihat, dia batuk dan semput. Saya pun masa tu tengah bersiap untuk hantar dia ke klinik dan tak perasan pula yang dia tengah buat IG Live. Bila saya pergi dekat dia tengok-tengok dah jatuh dah,”

Menurutnya lagi, Zaki Yamani yang menghidap penyakit asma sejak berumur lapan bulan, ini merupakan kali pertama anaknya itu jatuh pengsan.

Zaki yang rajin membuat content video Youtube dan Instagram itu juga dilaporkan tidak membuat aktiviti lasak sebelum kejadian pengsan itu.

 Anak kepada penyanyi lagenda itu kini dikhabarkan sudah berada dalam keadaan stabil dan sudah mula bertenaga untuk bangun dan bercakap.

“Sekarang ni kami tengah tunggu keputusan ujian darah. Doktor bimbang ada jangkitan dalam darahnya. Tapi saya rasa dia okey tu. sebab dia dah ada tenaga untuk bangun dan bercakap,”

Zaki Yamani merupakan anak dari hasil perkahwinan Datuk Jamal bersama Fatimatuzahra pada Disember 2005 sebelum bercerai pada 15 Mei 2007 lalu.

Sumber : mStar Online


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...