Sebelum ini, anak kepada penyanyi, Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani telah mendapat perhatian orang ramai selepas didakwa mendoakan keadaan kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin merosot.
Tambil memberi penjelasan, Zaki berkata dia tiada kena mengena dengan ciapan yang tular di laman Twitter itu dan memaklumkan dia hanya terkena tempias kerana memiliki nama yang sama dengan individu berkenaan.
Malah, penyanyi berusia 17 tahun itu mendedahkan dia turut dimarahi oleh bapanya gara-gara salah faham yang berlaku.
Susulan itu, individu sebenar telah tampil memohon maaf selepas ciapannya itu turut ditegur oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi ciapan tersebut, Zaki berkata dia menyedari perkara tersebut dan mengambil perhatian dengan teguran Datuk Anwar.
Bukan itu sahaja, dia turut memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang sekiranya ciapan tersebut telah mengguriskan hati mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.