Anak Ini Kongsi Kisah Sentimental Ayahnya, Dapat Ijazah Pada Umur 69 Tahun

Trending

Anak Ini Kongsi Kisah Sentimental Ayahnya, Dapat Ijazah Pada Umur 69 Tahun

Dah tentu sering kita lihat agak ramai golongan yang dah berusia namun masih mampu menggengam pencapaian di peringkat tertinggi.

Advertisement

Mungkin ada diantara kita menggangap ia cuma perkara biasa, tapi mereka sebenarnya berbeza zaman, di mana ramai antara mereka tidak tahu menggunakan komputer dan alat terkini, ramai tetapi tidak semua.

Itu yang terjadi kepada seorang ayah yang kisahnya diceritakan oleh si anak bernama Onny Hazwani yang ternyata berasa bangga ayahnya berjaya menerima sekeping ijazah pada umur 69 tahun.

Ini ayah saya. Umurnya bakal menjengah 69 bulan hadapan. Punya isteri, 5 orang anak, 12 orang cucu. Semasa muda, ayah tak berkesempatan belajar tinggi kerana keadaan ekonomi tak mengizinkan. Menurut mak, semangat ayah memang kuat. Semasa sudah anak 2, ayah mengambil MCE (sekarang dikenali sebagai SPM). Ayah berhenti dari tentera dan bekerja di sekolah. Rezeki ayah murah. Ayah ditukarkan ke PPD dan selepas itu ke jabatan pendidikan negeri.

Selepas ayah bersara, ayah masih lagi bekerja di tempat lain. Semua kerana saya yg masih belajar ketika itu. Abang2 dan kakak2 saya pula sudah habis belajar dan bekerja. Selesai saja saya mengambil master, ayah saya daftarkan dirinya dalam program ijazah jarak jauh untuk warga emas di USM.

Alhamdulillah..semangat ayah yang kuat telah dibuktikan dgn ijazah yang ayah dapat hari ini. Saya sangat terkilan kerana tak dapat hadir menyaksikan ayah naik ke atas pentas menerima segulung ijazah kerana tuntutan kerja dan anak yang masih kecil.

Selesai saja kelas saya pada pukul 6 tadi cepat2 saya buka whatsapp update dari kakak dan abang saya. Saya menangis sebak, terharu…

Kenapa saya begitu sentimental?? Teringat semasa awal2 ayah mula belajar. Kerana ayah mengambil PJJ, kebanyakan assignment perlu dihantar secara online @ email. Ayah saya bukanlah seorang ‘computer literate’.

Saya ajar ayah saya guna laptop. Macam mana nak save, print, download, upload, email, set password, dan banyak lagi..hehe. Saya pula bukan tinggal bersama parents.

Bila saya balik hujung minggu selalunya ayah akan minta tolong ajarkan guna laptop. Bila saya tak balik pula ayah akan call tanya cara2 nak buat semua tu. Walaupun saya mengajar beratus-ratus pelajar setiap semester, mengajar seorang ayah perlukan pendekatan berbeza.

Kadang2 saya dah ajar tapi ayah lupa dan ajar lagi, lagi dan lagi. Sebab tu saya sebak dan bangga sangat bila ayah akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah yg ayah impikan selama ni. Kami anak2 ayah bangga sangat.

TAHNIAH AYAH!!

Semoga kejayaan ayah ini memberi inspirasi kepada anak2 muda yg lain. Umur bukan penghalang menimba ilmu. “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat”.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...