Sedia maklum, sejak beberapa hari ini, nama ikon permotoran dikenali ramai iaitu Haqiem Stopa menjadi bualan warganet susulan didakwa ‘membeli’ pekerja pemilik kedai dessert terkenal, Suka Dessert iaitu Auntie Ja.
Haqiem masih diamkan diri, isteri dan anak jadi ‘sasaran’
Biarpun isu sudah berleluasa di serata platform tetapi dilihat Haqiem masih memilih untuk tidak mengulaskan tentang perkara ini ataupun cuba untuk meredakan keadaan yang sedang tegang.
Susulan sikapnya, isteri serta anak yang baru saja dilahirkan menjadi sasaran netizen yang tidak berpuas hati terhadap dirinya.
Tidak mendiamkan diri, isteri Haqiem iaitu Aireena Sofia tampil mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekira ada pihak ‘menyentuh’ anaknya.
Isteri minta jangan salahkan anak, berat ujian yang dilalui
Aireena meluahkan dugaan yang mereka alami ini terlalu berat dan rasa anaknya yang baru lahir tidak patut disalahkan oleh warganet kerana dia sama sekali tiada kena mengena dengan isu membabitkan kafe milik Haqiem.
Boleh cakap I bukan-bukan, tapi bukan pada anak I. Jangan mempersalahkan anak I. Anak I tak berdosa, baru lahir kat dunia ni. Beratnya ujian kita adik.
Dalam pada masa yang sama, personaliti media sosial itu turut menegaskan bahawa dirinya tidak akan memaafkan mana-mana individu yang bercakap tentang anaknya.
Adik, membesar dengan baik, jaga mummy, defend mummy tau.