“Anak Hidup Mewah, Bapak Kena Crowdfund?” – Netizen Perli Jamal Minta Derma Tabung Solidariti, Dapat RM200K

Trending

“Anak Hidup Mewah, Bapak Kena Crowdfund?” – Netizen Perli Jamal Minta Derma Tabung Solidariti, Dapat RM200K

Baru-baru ini, pengerusi Gabungan Solidariti Anak Selangor (GSAS), Faizal Zakaria memaklumkan mereka berjaya kumpul RM200,000 sebaik sahaja Tabung Solidariti Bela Jamal dilancarkan.

Katanya, sambutan menggalakkan itu merupakan bukti jelas bahawa perjuangan Datuk Seri Jamal Md Yunos selama ini mendapat sokongan ramai.

Advertisement

Selain wang tunai tersebut, tiga cek bernilai RM20,000 turut diterima tidak sampai 30 minit selepas tabung itu dilancarkan dalam satu majlis pada 24 September lalu.

Bagaimanapun, menerusi hantaran di Twitter seorang individu mempersoalkan kehidupan mewah anak lelaki Jamal, Amin Daniel yang dikatakan selalu mengembara ke sana sini.

Perkara itu membuatkan netizen berasa ada sesuatu yang tidak kena memandangkan bapanya pula meminta sumbangan daripada rakyat.

Anak hidup mewah travel merata, naik kereta mahal, tunang naik first class. Bapak kena crowdfund untuk bayar saman?”

Hantaran itu mendapat perhatian warganet di aplikasi itu dan ramai yang menyokong statement lelaki ini yang persoal tentang kerjaya dan kehidupan anak Ahli Parlimen Sungai Besar itu.

Ada yang memerli pengikut dan penyokong Jamal yang taksub sehingga sanggup menderma sedangkan dia serta keluarga hidup serba mewah.

Seorang individu berkata sebaiknya tabung untuk orang yang lebih memerlukan yang dilancarkan dan mendapat sambutan, bukan tabung solidariti sebegini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 bulan lalu

"Well Done My Son.." - Azmin Ali Ucap Tahniah Buat Anak, Netizen Petik Nama Diva AA?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 28, 2022 at 1:12 pm

    Najis dan Sampah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...