Anak Hampir Menjadi Mangsa Phedophilia Di Pasaraya, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Cemas

Trending

Anak Hampir Menjadi Mangsa Phedophilia Di Pasaraya, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Cemas

Jenayah yang melibatkan kanak-kanak pada hari ini semakin bertambah terutamanya bagi kes Phedophilia iaitu situasi di mana seseorang individu tertarik secara seksual kepada kanak-kanak yang belum baligh.

Pedofilia atau individu yang tertarik dengan kanak-kanak untuk hubungan intim dan seksual melakukan perbuatan berkenaan dengan terancang, niat dan sedar atas perbuatan dilakukannya.

Advertisement

Dan perkara ini memang benar-benar terjadi di negara kita,bukan di luar negara sahaja.Malah semakin rancak di negara kita.

Terbaru seorang individu wanita berkongsi pengalaman beliau dimana gambar anaknya telah cuba dirakamkan oleh seorang pendatang asing ke negara kita ini. Beliau yang masih lagi terkejut dengan situasi itu,berkongsi dengan netizen di paparan facebook beliau tempoh hari.

Jom baca perkongsian beliau..

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.

Post kali ini mungkin panjang sikit tapi inilah yang berlaku kepada saya ketika membeli belah di Tesco Kulim, Kedah. Tarikh kejadian 15.01.18, jam lebih kurang jam 9.00 malam.

Saya tidak sesekali menyalahkan pihak Tesco dalam post ini. Harap anda semua baca sampai habis, baru komen. Dilarang maki hamun. Sila share post ini jika rasa berguna.

Saya dan #laylasalikin, kakak ipar Zadariah Zakaria beserta anak 3 orang, mak ke tesco kulim nak beli diapers yang sedang offer.

Sampai tesco, saya terlintas di kawasan baju kanak2 yang sedang offer jugak. Mak dah ke bahagian ikan ayam dan lain-lain. Tinggal sy, layla dan anak sedara, zahra.

Tengah syok2 saya pilih seluar dan acukan ke kaki layla, mata saya terpana. 5 hingga 6 org bangla, salah seorangnya sibuk snap gambar layla(sy agak je masa ni sbb kamera hp beliau menghala ke arah layla).

Bergetar badan ni haa. Depa ramai. Saya seorang diri??

Saya gagahkan diri, bertanya dalam nada marah “buat apa?” Depa mula menjauhkan diri? saya tolak troli dan ikut. Sambil jari menuding dan beri isyarat (mai sini) mulut saya lantang berkata “open camera gallery. Delete. I call police”.

Dan. Makhluk bangla yang pegang hp tadi patah balik dan mai depan saya. Yang lain dah tak senang duduk dan ushar panas. Makhluk tu open gallery hp. Ada gambar layla salikin!!!!!!?

Dan saya perasan banyak lagi gambar, sepertinya gambar budak2!!!! Makhluk bangla delete gambar layla. Mulut tak berhenti cakap “ok. Delete. Delete. Sorry. Sorry. I dont know. Sorry. No police”

Allah. Gais. Ampa rasa????

Saya ketaq segala2nya. Saya pergi cari mak dan kakak ipar. Saya cerita. Dan saya bertekad nak inform pihak tesco. Sy nampak 2 org staff kat bahagian keju. Saya beritahu. Depa tak layan!!!!

Depa suruh pergi customer services sebab manager ada sana. Seriuslah bhai???? Saya call suami Izmai Ikhlas, Mohd Izwan Othman Arshad bgtau semua yang berlaku tadi.

Saya teruskan ambil apa yang saya mau, masih nampak segerombolan makhluk bangla tu masih berlegar2 dengan tangan seorang tu masih pegang hp. Saya bayar, pergi kaunter customer service dan cerita.

Staff tu cakap, “ok. Kami akan berhati2.” What? Tu ja? Tak mau tanya aku ka makhluk tu yang mana?(makhluk gerombolan tu sedang menuju keluar tanpa membeli apa2 barang)

Demmit. celaru. Ikut mak n kakak ipar yg tggu kat food court.

Segerombolan tu lalu dan benti kat kedai cermin mata sambil menerai. Sy snap gambar depa. Depa perasan bercakap2. Saya buat2 cakap kat hp. Lama depa tunggu situ. Saya tunggu abg Syakirin Ismail kat food court tu. Abg saya mai, bagi anak2 main dulu, baru turun ke parking.

Turun parking, abam polis tunggu kat kereta dah. Nak ambil keterangan. Saya tunjuk gambar yang daku sempat snap tadi. Tp bak kata abam polis, tak boleh buat apa2 sebab segerombolan makhluk bangla tu dah balik. Allah.

Gais out there. Parents out there. Maaf. Ntah kenapa saya tak suruh ja makhluk tu delete semua gambar anak2. Maaf. Saya sangat blur. Ntah dari mana daku dapat kekuatan pergi ikut depa, saya pun tak tau.

Please. Sambil kita cuci mata, rupanya ada yang “curi” (cahaya) mata kita. Dalam kes ni, alhamdulillah, saya terrr berani. Dan alhamdulillah segerombolan makhluk bangla tu tak mengganas.

Ni ja yang saya nak bagitau. Abam polis cakap “kita takut kes penderaan seksual kanak2 ataupn kes culik”. Abam polis sangat frust sebab segerombolan tu dah blah. Nothing to do.

Terima kasih pihak tesco sebab tolong call abam polis.

Tapi staff anda kurang membantu. Terima kasih suami tercinta sebab call polis jugak. Syg, lain kali jangan kalut sgt. Huhuhu. Takut anak kita abam polis dok tunggu kat kereta. Ramai plak tu. Yang mata2, yang berseragam, yang bermotor besaq.

Masa saya taip ini, saya masih ketaq. Layla salikin dah tido. Kalau rasa penting, sila share. Tolong lah semua. Beringat. Beringat. Beringat. Alhamdulillah, mata saya dapat tangkap kegiatan depa. Alhamdulillah, syukur Ya allah.

Pedofilia:

  • The International Classification of Diseases (ICD) mentakrif pedofilia sebagai kecelaruan dalam personaliti orang dewasa yang mempunyai keinginan seks terhadap kanak-kanak belum baligh atau baharu mencapai umur baligh.
  • Jika dilihat takrifan, pedofilia adalah pesakit mental atau yang mengalami gangguan psikiatrik.
  • Di Malaysia, ada beberapa perundangan yang boleh digunakan terhadap pedofilia. Antaranya, Akta Kanak-kanak 2001, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) termasuk pindaan 2006 dan Kanun Keseksaan.

Sumber: Siti Umairah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...