Anak Gadis Kongsi Barang Peribadi Dengan Ibu, Bapa Akui ‘Naik’ Nafsu Syahwat – “Terbayang Wajah Anak Bila Bersama Isteri”

Kehidupan

Anak Gadis Kongsi Barang Peribadi Dengan Ibu, Bapa Akui ‘Naik’ Nafsu Syahwat – “Terbayang Wajah Anak Bila Bersama Isteri”

Pengakuan seorang bapa yang bernafsu melihat anak perempuannya kerana terbayangkan isteri sendiri pada waktu muda telah mencuri perhatian.

Kisah itu kini tular di media sosial dan lelaki berkenaan akui berasa takut dengan apa yang dirasakannya terhadap anak perempuannya.

Advertisement

Cerita lelaki itu, anaknya kini berusia 17 tahun dan banyak berkongsi barangan peribadi dengan isterinya termasuklah minyak wangi, bedak dan pakaian dalam serta baju tidur.

Anak saya dah mula pakai pakaian maknya masa muda-muda dulu. Bila saya pandang, terdetik rasa macam tengok isteri zaman muda dulu. Badan dia pun tak lari macam isteri waktu muda dulu.

 

Terbayang wajah anak waktu bersama isteri

Lebih mengejutkan, lelaki itu juga mengaku terbayangkan isterinya pada waktu muda ketika memeluk anak perempuannya setiap kali sebelum ke sekolah.

Malah, ketika melakukan hubungan kelamin dengan isteri juga dia membayangkan anak perempuannya dan kini berasa takut dengan dirinya sendiri.

Bila isteri pakai minyak wangi anak, waktu bersama isteri saya boleh terbayang wajah si anak. Saya takut dengan diri sendiri.

Dia akui kini sudah mula menjauhkan diri daripada anak gadisnya itu namun remaja berkenaan pula terasa hati dan bersedih apabila bapa menolak untuk memeluknya.

Apa perlu saya buat?

 

View on Threads

 

 

Ada POCD?

Pelbagai komen dilontarkan orang ramai di media sosial termasuklah Threads dan Facebook tentang luahan dan pengakuan lelaki berkenaan.

Ramai yang menghentam si bapa dan tak kurang juga ada yang bermuhasabah dan mengambil iktibar untuk tidak berkongsi barangan peribadi dengan anak perempuan.

komen netizen komen netizen

Meskipun begitu, sesetengah netizen berkata lelaki berkenaan tidak patut dikecam sebaliknya dibantu untuk mendapatkan bantuan sewajarnya kerana dia menyedari apa yang dirasakan.

Dalam pada itu, seorang individu berkata lelaki berkenaan berkemungkinan mempunyai pedophile obsessive-compulsive disorder atau POCD di mana dia takut menjadi pedofilia.

Orang macam ni bukan pedofilia tapi ada POCD, takut ada timbul nafsu pada anak. Boleh bawa check ke hospital untuk diagnosis dan rawatan.

komen netizen komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami peserta ehati dedah aktiviti dalam program ehati
2025-07-15 15:08:12

Suami Peserta eHati Dedah 'Aktiviti' Program, Isteri Puaskan Nafsu Guna Alat Kristal - "Saya Dah Mula Rasa Syak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...