Anak Dilempang Pembantu Rumah, Pempengaruh ‘Naik Hantu’ – “Baru Ni Minta Naik Gaji Lagi..”

Kehidupan

Anak Dilempang Pembantu Rumah, Pempengaruh ‘Naik Hantu’ – “Baru Ni Minta Naik Gaji Lagi..”

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Sasha Abdul Aziz, meluahkan rasa terkejut selepas mendakwa anak sulungnya, Isabella, menjadi mangsa pukul pembantu rumah yang telah bekerja dengan keluarganya sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi satu ciapan di Threads, Sasha berkongsi perbualan bersama anaknya yang berusia enam tahun ketika mereka sedang makan tengah hari bersama. Menurutnya, perbualan tersebut bermula apabila beliau bertanyakan sama ada Isabella menyukai pembantu rumah berkenaan, namun jawapan yang diterima ternyata mengejutkan.

Advertisement
sasha abd aziz

Screenshot

“Semalam waktu makan tengahari saya tanya Isabella adakah dia menyukai pembantu rumah? Isabella jawab, ‘Tak mommy, dia pernah lempang muka saya sekali. Waktu makan malam sebab saya tak nak makan, jadi dia lempang muka saya. Ya Allah (sambil menggunakan emoji nangis,” kongsi Sasha.

Dalam perkongsian sama, Sasha turut mendakwa pembantu rumah tersebut pernah meminta kenaikan gaji dengan alasan menjaga anak sulungnya, walaupun menurutnya Isabella kini sudah mampu berdikari dan memahami perkara asas dengan baik.

“Anak pertama umurnya 6 tahun. Dah taHu semua benda, fasih bercakap serta dah tahu betul dan salah.”

“Saya ade pembantu rumah yang dah kerja empat tahun. Baru ini minta lagi naik gaji dengan alasan dia akan jaga anak sulung,” kongsinya.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi marah dalam kalangan warganet. Rata-rata netizen meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak dan menggesa Sasha mengambil tindakan tegas terhadap pembantu rumah berkenaan.

“Hantar dia balik (ke negara asal). Perangai lain boleh lagi tahan tapi tidak kalau dah sampai sentuh anak.”

“Kena periksa juga takut yang kecil pun dah kena dengan dia,” komen netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nubhan
2026-01-08 17:09:43

Dr Fie Kecewa Nubhan Tidak Hadir Proses Sulh - "Anak-Anak Nak Sekolah, Kami Tiada Tempat Tinggal"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...