Melalui laporan Berita Harian, kanak-kanak yang berusia di bawah 18 tahun yang ibunya merupakan rakyat Malaysia berkahwin dengan lelaki asing dan dilahirkan di luar negara kini boleh memohon kewarganegaraan Malaysia mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan tersebut dibuat hasil daripada penyelesaian yang dicapai dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan oleh sekumpulan enam ibu warganegara Malaysia bersama Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontliner) berhubung tentang kerakyatan anak yang dilahirkan di luar negara.
Sewaktu prosiding berjalan, peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili keenam-enam perayu memaklumkan kepada mahkamah bahawa semua pihak telah bersetuju untuk mengekalkan keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sejak empat tahun yang lalu.
Terma persetujuan tersebut mengatakan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu warganegara Malaysia dan bapa warga asing sebelum penguatkuasaan Akta Perlembangaan (Pindaan) 2024 dan masih berumur 18 tahun kebawah boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembangaan Persekutuan.
Ia membolehkan anak yang berumur 21 tahun ke bawah memohon atau mendaftarkan diri sebagai warganegara jika sekurang-kurangnya ibu atau bapa merupakan waragengara persekutuan.
Difahamkan dari Perkara 26(1), tiada sesiapa yang boleh meluncut kewarganegaraan seseorang kecuali mengikut undang-undang.