Anak Dijangkiti Virus HFMD Kerana Bermain Di Pusat Membeli Belah

Trending

Anak Dijangkiti Virus HFMD Kerana Bermain Di Pusat Membeli Belah

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung situasi semasa penyakit Kaki, Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) di negara ini.

Mengikut statistik, penigkatan sebanyak 910 kes (63.4%)  kes berlaku sepanjang tempoh (08/07/2018 sehingga 14/07/2018) berbanding minggu sebelumya.

Advertisement

Sumber: KPkesihatan.com

Nota: ME-Minggu epid (dari sabtu huingga ahad seterusnya)

Sebelum ini Amazing Nara pernah kongsikan tentang apa itu HFMD dan cara pencengahannya, dan antara sebab bagaimana virus ini tesebar adalah dengan membawa anak anda ke tempat awam kerana lebih mudah dijangkiti.

Seorang ibu dari Filipina, Madelyn Bercasio Gurango, berkongsi bagaimana anaknya boleh mendapat HFMD ketika bermain di taman permainan pusat membeli-belah. Kisah ini dikongsikan di facebooknya pada tahun 2017.

Sebagai ibu bapa, kita mesti sentiasa ingin memastikan anak-anak berada dalam keadaan selamat walau ke mana sahaja kita pergi. Ini sudah menjadi tugas wajib terutamanya untuk seorang ibu.

Menurut Gurango, selepas pulang daripada pemeriksaan bulanan anaknya, mereka bercadang singgah di pusat membeli-belah telebih dahulu sebelum pulang ke rumah.Ini sebagai ganjaran untuk anak lelakinya itu.

Sampai sahaja di pusat membeli-belah tersebut, mereka terus menuju ke taman permainan kanak-kanak dan membiarkan anaknya Clark bermain bersama kanak-kanak lain.

Esoknya ketika sedang bekerja, tiba-tiba ibu Gurango menelefon dan memberitahu yang Clark mengalami demam panas.

Gurango segera balik untuk melihat anaknya. Apabila tiba di rumah, dia melihat anaknya muntah dan menggigil, dia memutuskan untuk menjaga anaknya sepanjang malam. Tidak lama kemudian, bintik seperti ruam mula muncul di kaki Clark, dan semakin cepat merebak ke seluruh badan. Dia kemudiannya bergegas ke hospital.

Doktor sahkan yang Clark dijangkiti HFMD dan dia yakin anaknya terkena virus terebut daripada taman permainan di pusat membeli-belah yang mereka kunjungi tempoh hari.

Oleh kerana prihatin dengan apa yang menimpa anaknya, dia kongsikan gambar anaknya untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit HFMD kepada ibu bapa di luar sana. Dia juga menasihati semua ibu bapa di luar sana untuk tidak membawa anak-anak mereka ke tempat-tempat yang sangat sesak.

Walaupun kisah ini tidak berlaku di Malaysia, tetapi ibu bapa tetap boleh mengambil pengajaran dan langkah berjaga-jaga kerana semakin banyak kes HFMD dilaporkan di negara kita sekarang. Pastikan anak anda sentiasa sihat dan selamat!

Sumber: Nobledrift

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...