Anak Di Asrama Beli Makanan Untuk Berbuka, Dapat Lauk Mentah!

Trending

Anak Di Asrama Beli Makanan Untuk Berbuka, Dapat Lauk Mentah!

Dalam situasi pandemik yang membimbangkan hari ini, ramai pelajar terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga kerana tidak dapat pulang ke kampung menyambut Ramadan. Ibu bapa hanya mampu mengirimkan wang belanja dengan harapan anak-anak dapat hidup berdikari.

Namun, lain pula kisahnya apabila si anak terpaksa berbuka dengan ayam mentah di hari pertama puasa. Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Kami Suri Rumah, Puan Aniza Mahmood meluahkan rasa sedih melihat anak mencubit lauk yang tak dimasak.

Advertisement

“Kesian pada anak yang duk asrama. Beli makanan untuk berbuka dapat ayam macam ni. Anak-anak kat asrama dah kering air mata teringat masakan mak kat rumah. Sedih bila nak masak sedap-sedap teringat kat anak… Sapa geng kita…”

Menerusi video pendek tersebut, jelas kelihatan ayam masih dalam keadaan mentah dan tidak dimasak. Tidak dapat dipastikan sama ada peniaga ‘terlupa’ namun kecuaian sebegini amatlah mengecewakan.

Di ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa simpati dengan nasib si anak di asrama. Sudahlah menahan lapar seharian, dapat pula lauk macam ni.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...