Anak kepada pelakon veteran, Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman mendedahkan bahawa dia ada menerima pelbagai tawaran kerja yang tidak bermoral.
Katanya, selepas kepayahan hidup bersama bapanya itu tular di media sosial pemuda berusia 36 tahun tersebut ditawarkan bayaran sebanyak RM1,000 daripada individu tidak dikenali yang mahu menyewa tubuhnya.
Saya terkejut bila dapat mesej macam tu awal Julai lalu. Ada juga tawaran lain yang jauh lebih teruk, tapi saya rasa tak sesuai nak kongsi secara terbuka.
Tak pernah terfikir nak jual maruah
Bagaimanapun, kata Syafiq dia tidak hairan dengan mesej itu kerana sedar dia aktif berkongsi foto tubuh badannya untuk portfolio sebagai model.
Namun tegasnya, dia langsung tidak pernah terfikir untuk menjual maruah hanya semata-mata untuk hidup mewah.
Saya memang seorang model, jadi ada kongsikan gambar-gambar badan. Tapi tak sangka pula disalah tafsir. Walaupun hidup saya terdesak, saya tak akan jual diri. Saya masih fikir dosa.
Sedih dilabel pemalas
Dalam pada itu, dia juga akui kecewa kerana dilabel pemalas oleh segelintir pihak hanya kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
Sejak beberapa tahun lalu, Syafiq berkata dia perlu memikul tanggungjawab menanggung ayahnya yang sudah tidak bekerja, meskipun hanya peroleh pendapatan kurang RM1,000 sebulan sebagai barista sambilan.
Saya tak minta simpati. Cuma orang tak tahu, saya dah tiga tahun tanggung ayah saya dengan gaji kecil. Orang cepat menilai tanpa tahu cerita sebenar.
Saya kena belajar sebab nak naikkan penadapatan. Saya tahu ramai yang kecam sebab mereka tak tahu cerita sebenar. Kalau saya berkerja mengikut lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ia juga tidak mencukupi untuk kami.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.