Anak Dedah Pernah Nasihat ND Lala Ceraikan Siti Munirah – “Kalau Abah Pilih Dia, Abah Kena Ceraikan Mak & Hilang Anak-Anak”

Hiburan

Anak Dedah Pernah Nasihat ND Lala Ceraikan Siti Munirah – “Kalau Abah Pilih Dia, Abah Kena Ceraikan Mak & Hilang Anak-Anak”

Anak lelaki penyanyi veteran ND Lala, Amir Syafiq mendedahkan dia sebelum ini pernah menasihati bapanya untuk menceraikan isteri barunya, Siti Munirah.

Kata Amir, nasihat itu bertujuan untuk menyelesaikan konflik dalaman keluarga mereka dan sekiranya ND Lala memilih untuk kekal bersama Siti Munirah, dia akan kehilangan Fauziah dan empat anak mereka.

Advertisement

Abah, kalau sayang mak, sayang anak-anak ceraikan dia (Siti Munirah). Cakap elok elok dengan dia. Dia akan faham, dia baru 33 tahun dan ada jalan yang masih panjang.

nd lala isteri penyondol

Tambah pemuda berusia 30 tahun itu lagi, dia turut bercakap dengan bapanya, memilih kedua-dua isteri adalah satu mimpi dan tidak mungkin terjadi.

Kalau abah pilih dia, abah kena ceraikan mak dan abah akan kehilangan anak-anak semua kecuali saya sebab saya sangat natural.

nd lala

Perkara itu diluahkan oleh Syafiq menerusi satu hantaran video di akaun TikTok kekasihnya, Eiza Idanie dan jelasnya lagi, mereka sekeluarga kini hidup seperti biasa meskipun tanpa ketua keluarga.

Saya nak bagitahu abah, kami dekat rumah ni okay je walaupun abah tiada sebab abah yang kami kenal bukan abah yang sekarang ni.

anak ND Lala
8 months ago

"Kami Juga Pernah Rasa Bahagia Sebagai Satu Keluarga" - Kongsi Foto Lama 'Family', Kapsyen Anak ND Lala Undang Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...