Hukuman gantung terhadap bekas ahli perniagaan, Shahril Jaafar yang didakwa membunuh seorang eksekutif pemasaran wanita, mendiang Gaik Yap 18 tahun lalu dikekalkan Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Rabu.
Kejadian tragis yang berlaku berhampiran Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani kedah itu menyaksikan Shahril dikekalkan hukuman akhir tersebut seleps panel tiga hakim diketuai Datuk Harmindar Singh Dhaliwal sebulat suar menolak permohonan semakan anak seorang ahli perniagaan bergelar Datuk itu.
Ketika membaca keputusan berkenaan, Harmindar turut memaklumkan bahawa fakta kes yang membawa kepada kematian mangsa adalah amat luar biasa.
Bukan sahaja dirogol, malah mendiang turut diliwat dan ia dilakukan di kawasan kunjungan orang ramai di kawasan yang boleh dikira tempat yang selamat untuk beriadah.
Walaupun mahkamah mempunyai belas kasihan terhadap pemohon, namun panel ini berpandangan bahawa, fakta kes ini adalah luar biasa kerana melibatkan keganasan yang menimbulkan kekecohan umum.
Mahkamah tidak terikat dengan pandangan umum, maka permohonan ini ditolak dan hukuman mati dikekalkan.
Pada 9 Ogos 2015, Mahkamah Tinggi Alor Star menjatuhkan hukuman mati selepas Shahril mengaku bersalah atas tuduhan membunuh Chee Gaik Yap antara jam 5.30 petang 14 Januari 2006 dan 3.05 keesokannya.
Mendiang dijumpai dalam keadaan menyayat hati di lokasi berkenaan dalam keadaan separuh bogel dan tiga tahun selepasnya, Shahril ditahan bagi membantu siasatan.
Bapa mendiang, Chee Ah Sau sangat bersedih dengan kematian anaknya itu sehingga bertindak untuk terjun dari tingkat dua mahkamah namun berjaya dihalang petugas media.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.