Kontroversi melibatkan seorang usahawan wanita yang kini menetap di Bali bersama anaknya terus menjadi perhatian ramai selepas bekas suaminya sebelum ini meluahkan kebimbangan mengenai akidah anak mereka.
Isu tersebut mula tular apabila bekas suami yang dikenali sebagai Aiman mendakwa gaya hidup bekas isterinya kini tidak lagi mencerminkan kehidupan seorang Muslim.
Bagaimanapun, di TikTok, usahawan itu yang juga merupakan seorang pempengaruh itu tampil mempertahankan dirinya dengan membalas dakwaan yang dibuat oleh bekas suaminya.
Menurutnya, anak mereka sendiri pernah berkongsi pengalaman tidak menyenangkan ketika berada bersama pihak berkenaan.

“Sekarang dah besar pandai pulak cari itu lah lelaki. Kita ni jenis simpan aib, ada banyak bukti-bukti dari mulut budak ni sendiri yang cerita dia tak nak duduk sana tak kan Yat nak paksa dia pergi. Bosan lah asyik guna point yang sama je pasal agama, jahat-jahat Yat pun takda lah bawak anak ke arah jahat.”
Dalam hantaran lain, pempengaruh tersebut turut memuat naik beberapa rakaman video serta tangkap layar perbualan video call bersama anaknya.
Beliau mendakwa anaknya pernah jatuh sakit disebabkan keadaan bilik dan tandas yang kotor ketika berada di sana.
Selain itu, beliau turut menafikan dakwaan bahawa dirinya mengajar anak mereka bersikap kurang ajar atau menipu.
Sebagai bukti, pempengaruh itu berkongsi rakaman video call bersama anaknya yang didakwa menunjukkan keadaan sebenar kanak-kanak tersebut ketika berada di sana.
Dalam satu lagi perkongsian, beliau turut menunjukkan berat badan anaknya yang didakwa meningkat selepas dua minggu berada bersamanya.
Di akhir hantaran, pempengaruh itu memuat naik gambar bersama ahli keluarganya sambil menyatakan terdapat pihak yang tidak senang melihat kebahagiaan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

